Lufya terserempak dengan Izara Aishah di Madinah

Dalam diam rupanya aktres jelita Izara Aishah kini berada di Madinah untuk meng3rjakan ibadah umrah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid.

Perkara itu did3dahkan oleh pelakon Lufya Omar di Instagram (IG) miliknya selepas terserempak dengan pasangan secocok ini.

“Look who’s here in Medina. Mummy to be @izaraaishahofficial la.

“Masya-Allah cantik preggy mummy ni walau mengandung enam bulan. Nampak macam tak mengandung kan?

“Fya mengandung enam bulan nak masuk pintu pun tak muat. Korang semua agak la anak dia girl ke boy?” tulis Lufya.

Menerusi entri terbabit, Lufya berk0ngsi fotonya bersama Izara yang menggayakan jubah hitam ketika di Madinah.

Rata-rata pengikutnya mend0akan agar segala urusan Lufya dan Izara dipermudahkan di tanah suci.

Tak kurang juga ada segelintir peminat yang mula berteka-teki akan jantina anak yang berada dalam kandungan Izara.

Setelah 2 tahun berkahwin dengan Adib,baru -baru ini,Izara meng3sahkan yang dia h@mil enam bulan.

 

 

 

Sumber:Gempak