Ibu Puteri Balqis jelaskan punca t0lak bantuan Seniman, Zakat Selangor

IBU kepada pelakon cilik yang berbakat, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz men0lak untuk menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia berat hati untuk menerima bantuan itu kerana merasakan ramai lagi yang layak diberikan bantuan.

“Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya men0laknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan b0san nak bantu.

“Dalam masa sama, saya tidak mahu terhvtang budi dengan sesiapa. Bayangkan kalau suatu hari nanti ada pihak pertik4i dan ungkt semua yang dibantu. Saya t4kut semua itu berlaku. Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri.

“Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish (Balqis) masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya,” katanya.

Selain bantuan dari Seniman, Norashikin turut men0lak bantuan daripada Zakat Selangor yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka.

“Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam pr0ses. Ia buat saya serba salah.

“Saya merasakan ramai lagi orang svsah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi malas,” katanya.

Terdahulu, Seniman menerusi Presidennya, Zed Zaidi memaklumkan mereka kini dalam perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Nadzri untuk mencari jalan penyel3saian terbaik bagi membantu keluarga Puteri Balqis melalui pr0jek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin juga berkata, dia masih meneruskan aktiviti menjual buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis selain sibuk membuat penghantaran secara kiriman pos dan ‘cash on delivery’ (COD).

Norashikin juga meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan mesej yang dihantar.

“Saya buat kerja seorang diri. Setiap hari saya perlu uruskan penghantaran buku. Kalau ada yang nak COD, saya kena pergi hantar pula.

“Memang ada banyak panggilan dan mesej masuk. Saya minta maaf kalau tidak sempat nak balas satu persatu. Saya perlu selesaikan dulu urusan buku ini. Saya taakut jika terlepas pandang bagi yang sudah buat pembayaran.

“Saya pernah tidak tidur dua hari sebab nak periksa satu persatu mesej orang yang beli buku. Begitu juga kalau ada yang memberi suumbangan, saya tetap nak kirim buku pada mereka,” katanya.

Mengenai buku yang dijual, Norashikin berkata, dia perlu menghabiskan dulu 1,000 naskhah yang sudah dicetak.

“Sebagai permulaan kami mencetak sebanyak 1,000 naskhah. Nak jual 30 pun susah, inikan pula 100. Tapi, selepas kisah Aqish keluar di Harian Metro dan program Bersamamu, ramai yang buat pesanan nak beli. Insya-Allah, kalau sudah habis kami akan keluarkan edisi Bahasa Melayu pula sebab ramai yang tunggu dan bertanya,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber:HarianMetro