Harapan Datuk Jamal Abdillah kepada Nur Azura Yamani

“SAYA nak dia jadi peguam dan ahli p0litik,” kata Datuk Jamal Abdillah, menanam impian untuk sang puterinya, Nur Azura Yamani. 

Nur Azura Yamani merupakan zuriat ketiganya penyanyi lagenda itu, dan pertama hasil perkongsian hidup antaranya dan Datin Zai Izatti Khiruddin, 25.

Berbanding anaknya, Osama Yamani, 18, yang cenderung pada seni dan Ahmad Zaki Yamani, 13, yang diharap mendalami ilmu agama , “Saya ingin anak saya ini (Azura) jadi ahli politik tetapi dia mesti belajar undang-undang, jadi peguam dan dengan itu, jadi asas untuk dia menceburi dunia p0litik.

“Saya ingin anak perempuan saya jadi seorang pejvang, berjvang untuk bangsa dan negaranya.

Seperti Sudirman, ada asas undang-undang tetapi Allahy arham tidak terbabit (dalam p0litik) dan saya mahu bentuk (anak) ke arah situ.”

Kembali menjadi bapa lagi ketika usia 60 tahun membuatkan dia teruja.

Jamal turut berkongsi cerita terkini mengenai anak sulungnya Osamaa Yamani yang kini menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Saya tak sangka Osama boleh skor sebab dengan dia, saya  bimbang akademiknya tidak lepas,” akuinya, tambah terh4ru apabila memikirkan “orang seperti saya boleh didik anak sampai ke universiti”, sekaligus diharap dapat mengubah stigma terhadap bekas pen4gih sepertinya.

Bukan rahsia, perjalanan seni bintang dengan nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini sama rancak dengan episod penyalahgvnaan dad ah yang mengiringi hidupnya.

Namun dia mengingatkan, “Jangan pandang rendah pada orang. Kerana kuasa Tuhan lebih daripada segalanya.”

Naluri kebapaan antara pendorong Jamal untuk tidak lagi kembali kepada kehidupan lama.

Payah untuknya meluah rasa terhadap anak-anaknya, namun bahasa tubuh, senyuman dan matanya yang ikut bercahaya apabila berbicara mengenai mereka menyerlahkan ketulusannya.

Biar ingin cuba membentuk anak-anaknya sepertimana yang diimpikannya, dia akur hanya boleh memasang harapan dan tidak akan memaksa kerana “pengalaman saya sendiri, bagaimana arwah ayah nak saya ikut acuan dia.” Syaratnya, dia berkata akademik diutamakan dan mereka bebas untuk menentukan hidup mereka sendiri, akhirnya.

“Jika (anak) tidak lulus, saya memang angin,” katanya, gelak kecil. “Pelajaran, bagi saya, penting. Nak menyanyi tanpa ilmu, baik tak payah. Jangan samakan dengan Baba kerana pemberian Tuhan, dianugerahi itu lain. Pengetahuan am, attitude kena ada dan selepas itu mahu ikut mana, saya tak kisah.”

Pesan Jamal lagi,

“Jangan taburi anak-anak dengan kemewahan, biar mereka cari sendiri. Supaya nanti apabila saya sudah tiada esok, tahulah mereka bagaimana hidup sendiri.

 

 

 

 

 

Sumber:Rumiexplore