Penampilan Elly Mazlein di Majlis Sambut Menantu Kuala Krai Mendapat Pujian Netizen

Menerusi post terbaru di Instagram nya, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein ada berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis sambut menantu di belah pihak suaminya, Mohamad Azlan Che Noh di Kuala Krai, Kelantan.

 

Apa yang lebih menarik, Elly Mazlein tampil  bertudung sambil mengenakann persalinan sedondon rona putih bersama suami dan anaknya. 

 

“Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua. Tq kerana bg lina rasa semua ni. Tq atas kasih sayang ini.

“Terasa diri disayangi. Alhamdulillah, 28 January 2020,” tulisnya.

Rata-rata peminat Elly memuji ketampilannya bertudung yang nampak  lebih muda dan  cantik.

Tak kurang juga ada yang mendoakan agar artis kesayangan ramai ini kekal istiqamah berhijab.

Elly Mazlein, 39 sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh, 29, dengan sekali lafaz pada 17 Januari lalu selepas setahun berkenalan. 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH