Hanya kerana panggilan ‘Papa’ ,Siti Nordiana dikecam peminat Khai Bahar

Penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 36, menepis dakwaan kononnya dia cuba meraih simpati dan publisiti daripada peminat penyanyi Khai Bahar.

“Kelakar sebenarnya apabila baca benda sebegini, namun saya rasa kasihan kerana individu ini terlalu banyak masa untuk memikirkan masalah kehidupan saya.

“Saya doakan agar mereka ada kerja yang lebih berfaedah selain daripada stalk kehidupan saya dan juga Khai.

Namun saya tak teragak-agak nak ambil tindakan jika dia melampavi batas dengan memalvkan saya,” kata Nana kepada mStar.

Semuanya bermula apabila ada yang mend4kwa Nana ‘kemaruk hendak berkahwin’ sehingga meminta anak tunggalnya,Muhammad Rayyan Nakhaie memanggil Khai dengan panggilan Papa.

Sebuah akaun Instagram melemparkan kata-kata tohmahan kepada Siti Nordiana.

Dalam pada itu, penyanyi Khai Bahar juga mempertahankan Nana dengan mengatakan dia yang terlebih dahulu menggelar dirinya sebagai papa kepada anak tunggal Siti Nordiana itu.

“Saya yang mulakan dulu minta Rayyan panggil saya papa, namun ia sekadar gurauan. Tak sangka pula dipandang serius sesetengah pihak,” kata Khai.

Rayyan adalah anak tunggal Nana bersama pelakon Mohd Faizal. Mereka berkahwin pada 2006 dan berpisah tiga tahun selepas itu. 

Pada tahun 2011, Mohd Faizal m3niggal dunia kerana ser4ngan jantvng.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar