Miliki 24 biji motosikal, Achey nafi dari ‘suntiikan dana’, niat cuma untuk bantu orang susah

Meminati motosikal kapcai sejak dulu, Pelawak Achey Bocey berkata dia pernah memiliki koleksi lebih 24 buah motosikal kapcai hasil kerja keras bekerja sebagai seorang anak seni.

Kata Achey atau nama sebenarnya, Mohd. Nasir Hamzah, 35, lantaran minatnya itu ,dia menjadikan koleksi motosikal itu sebagai hobi.

“Hobi saya beli motor tetapi bukan motor berkuasa tinggi atau yang mewah. Sekarang sudah kurang. Tinggal lebih 20 biji. Ada di kampung dan simpan di beberapa tempat.

“Misalnya, model Modenas Kriss ada empat biji. Model SYM ada tiga biji. Kebanyakannya saya beli untuk membantu individu yang memerlukan duit. Ada motor yang saya beli dipin-jamkan kepada orang svsah di kampung. Saya tidak kisah pun andai tidak dikembalikan semula kepada saya,” katanya.

Atas rasa cinta terhadap motor jenis kapcai, Achey bakal mengusahakan sebuah kedai aksesori motosikal tidak lama lagi.

Kedai itu dinamakan Motor Planet dan akan beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Menurut Achey, kedai itu juga bakal menjadi pusat sehenti untuk aksesori motosikal.

Dan ketika diusik pertanyaan sama ada kekayaan yang diraih berpunca daripada aktiviti Macau Sc4m yang menggem-parkan industri seni tanah air sejak kebelakangan ini, jawab Achey: “Bukan svntikan ‘dana’ daripada aktiviti seperti itu. Saya tiada pakej dan rupa paras untuk dijadikan perantara akviti seperti itu.

“Ini semua rezeki yang Allah pinjamkan untuk saya. Ada duit sedikit, saya labvr untuk buat perkara yang saya suka atau minat.”

 

 

 

Sumber:Kosmo