Pelakon Zul Yahya kini boleh tersenyum bangga apabila berjaya merialisasikan hajatnya untuk membuka sebuah pasar raya miliknya sendiri yang diberi nama Zulyahya Mart.
Menurut Zul, langkah ini merupakan salah satu inisiatifnya untuk mendidik diri dan keluarga untuk sentiasa berk0rban ke jalan agama.
“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar k0rbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama. Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus InsyaAllah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Zul turut mendedahkan dia akan berusaha sebaik mungkin demi membangunkan perusahaan barunya itu.
Zul juga berharap agar pasar raya ini dapat dijadikan sebab untuk dirinya terus membantu agama dan bersama-sama menigktkan ekonomi umat Islam serta kualiti di sisi Allah SWT sambil berkongsi rezeki.
Sekadar info, antara filem dan drama lakonan Zul yang masih diingati sehingga kini ialah seperti MX3, Gerak Khas The Movie, Supermak dan banyak lagi.
Ketika ditanya adakah akan kembali berlakon, Zul tidak men0lak sekiranya watak yang diberikan mampu memberi mesej yang baik kepada penonton.
Sumber: myartis