Aliff Aziz kembali ke pangkuan Bella Astillah selepas hampir 2 tahun terpisah

Penyanyi dan pelakon kelahiran  Singapura, Aliff Aziz akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya di Malaysia setelah hampir 2 tahun terpisah. 

Perkara itu dikongsi oleh ibunya Siti Hafiza di Instagram yang meluahkan rasa se-dih dan berat hati untuk melepaskan anaknya, namun memahami tanggungjawab Aliff sebagai ketua keluarga.

“Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya… Alhamdulillah selepas hampir dua tahun akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

 

“Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal… kami faham tanggung jawab dia untuk bersama keluarga lebih penting, ” ujarnya.

Menerusi video yang dimuat naik pada malam Ahad, kelihatan Aliff dihantar oleh ibu dan ahli keluarga lain di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Siti Hafiza turut mendoakan anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang lebih baik untuk keluarganya.

“Kamu sentiasa ada dalam doa, jaga diri kamu dan keluarga. Pick yourself up and be the best version of yourself, ” ujarnya.

Sementara itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk kehidupan masa depannya.

“Terima kasih banyak umi dan ayah. Semoga usaha yang saya lakukan nanti akan membuahkan hasil dan membanggakan umi dan ayah, ” ujarnya.

Aliff dan Bella berkahwin papa 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini kemudian membuat keputusan untuk bercer-ai pada 16 Mei tahun lalu selepas beberapa masa-lah kelakuan Aliff.

Aliff kemudiannya  kembali ke Singapura dan meneruskan kehidupannya bersama keluarga.

Walaupun ada desas-desus selepas itu yang mengatakan pasangan ini kembali rujuk, hanya pada April lepas, Bella akhirnya mengesahkan yang dia dan Aliff sememangnya telah rujuk ketika dalam edah dan dirinya hamil anak kedua.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Ara Aderanna pada 18 Julai lalu.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar