Baru sahaja berk0ngsi berita s3dih tentang dirinya yang mengidap peyakit Bells palsy, pelakon Faye Kusairi kini berkongsi berita gembira pula selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad lalu.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, telah berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.
“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.
“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Hari ini saya dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah,” ujar isteri kepada pengarah, Azmi Hatta itu.
Pelakon yang membintangi drama 7 Hari Mencintaiku itu turut melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya.
“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy yang saya hidapi selama beberapa hari ini.
“Maaf saya belum mampu untuk membalas semua komen dan akan kongsikan perkembangan kesihatan saya termasuk ketika berpantang nanti,” ujarnya yang turut memohon diberikan masa untuk berehat ketika berpantang.
Faye telah terkena seragan Bell’s Palsy iaitu kelumpvhan pada otot ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Terdahulu, Faye dan Azmi selamat mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Sebelum ini, Azmi pernah berkahwin dengan pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein pada November 2014 sebelum berp1sah setahun kemudian.
Sumber:Kosmo