5 tahun menanti, Hetty Sarlene dan suami dikurniakan Landon Alexander Oakes

Penyanyi Hetty Sarlene selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Landon Alexander Oakes di sebuah hospital di Singapura, semalam.

Berita gembira itu dik0ngsi penyanyi kelahiran Singapura tersebut di laman Instagramnya pagi tadi.

Dalam entri itu, Hetty berkongsi:

“28/01/21 – jam 3.25 petang, putera kami seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan.

Kami ingin memperkenalkan bayi comel kami, Landon Alexander Oakes kepada anda semua.

Segala kesakitan dan tak cukup tidur selama 16 jam di bilik bersalin berbaloi dengan kehadirannya,” luahnya.

Hetty turut menunjukkan gambarnya sedang menggendong bayi berkenaan bersama suami, Dani Aqil.

Julai tahun lalu, penyanyi berusia 37 tahun ini berkongsi berita kehami-lan di media s0sial, sekali gus menamatkan penantian mereka untuk mempunyai zuriat sejak empat tahun lalu.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asal, Daniel Oakes pada 23 Julai 2016.

Hetty pernah menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV5) musim kelima pada 2018.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH