Sweet Qismina pers0al kewajaran Perdana Menteri ke Indonesia dalam tempoh PKP, sekali kena ‘sekolah’kan dengan netiz3n

Baru sahaja meminta maaf gara-gara keterla-njurannya mempers0alkan prosedur pemulangan buku teks di sekolah, pelakon Sweet Qismina sekali lagi membuat kenyataan secara terbuka mempers0alkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke Indonesia.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik dalam Twitter miliknya, Sweet atau nama sebenarya Farhana Qismina Supandi, 24, dia menyatakan tindakan Perdana Menteri yang terbang ke Indonedia hari ini sebagai satu yang tidak wajar ketika rakyat dilar-ang melakukan pergerakan rentas daerah semasa pelaksanaan Perinmtah Pergerakan (PKP).

Menurut Sweet, abangnya merupakan seorang daripada rakyat Malaysia yang terkesan dengan laran gan tersebut. Sejak tahun lalu abangnya tidak dapat bertemu isteri yang merupakan seorang warga Indonesia.

“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas.

“Dia baru kahwin. Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” ciapnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut mempers0alkan tinda-kannya memuat naik status sedemikian yang disifatkan sebagai tidak matang.

“Abang kau ada urusan dengan Pak Jokowi (Joko Widodo) ke? Inilah masa-lah kalau budak baru boleh mengundi.

“Urusan kerajaan berbeza dengan urusan peribadi. Harap saudari fahamkan dahulu sebelum memuat naik status,” tulis netizen.

Terdahulu, Sweet yang popular menerusi drama Bidadari Salju pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem pengambilan dan pemulangan buku teks di sebuah sekolah sehingga menyiggung perasaan golongan pendidik.

Tidak lama kemudian, pelakon Bidadari Salju membuat kenyataan memohon maaf kepada semua guru di Malaysia berikutan tindakannya.

 

 

 

 

 

Sumber:K0smo