Foto terkini Puteri Ameerah Bolkiah manis bertudung tarik perhatian Permaisuri Agong

Umum mengetahui bekas personaliti TV dari Malaysia, iaitu Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang anak hasil perkahwinannya terdahulu bersama Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Kedua-dua cahaya matanya iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berada di Brunei di bawah jagaan ayahanda mereka.

YTM Puteri Ameerah Bolkiah baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga belas pada 28 Januari lalu.

Puteri kesayangan rakyat Brunei ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).

Kejelitaan yang dimiliki oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah mencu ri tumpuan kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam.

Ramai yang menyifatkan kejelitaan yang dimiliki Puteri Kerabat Diraja Brunei ini mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh bondanya, Azrinaz Mazhar Hakim.

Maka tak hairanlah perkongsian foto terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah melalui @bruneiroyalfamily mendapat pujian dari KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Instagramnya @airtangan_tunkuazizah_l.f

 

Manakala perkembangan terkini Azrinaz pula,yang telah melangsungkan perkahwinan keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018  kini sedang ha mil  7bulan. 

Sebelum ini Azrinaz dan Fairos telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Areesya Malaykha berusia setahun lebih. 

 

 

 

 

 

Sumber:Nona