Bakal menantu duduk serumah, ini resp0n sinis Sheila Rusly

Pelakon yang juga penerbit popular, Sheila Rusly berag dan menyel4r netizen yang melemp4rkan fitnah bahawa bakal menantunya, Elisya Sandha sudah menetap bersama di kediamannya.

“Dia belum tinggal di sini. Bila dia ada di sini pada waktu malam, anda semua mula menabur fitnah Elisya sudah menetap bersama kami.

“Jangan f1tnah, berd0sa. Dia masih ada ibu bapa yang perlu dijaga dan dia tahu tata tertibnya,” katanya Sheila dalam video siaran langsung Instagramnya semalam.

Dalam video berkenaan, kelihatan Sheila dan Elisya sedang memasak dan berkngsi resipi Seafood Pasta Kam Heong.

Dalam pada itu, pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu memberitahu keberadaan Elisya di rumahnya bertujuan untuk belajar memasak.

“Daripada Elisya pergi melep4k tak tentu arah, lebih baik belajar memasak dengan saya

“Malah, kedua-dua mereka ada di depan mata saya. Kalau mereka cuba lakukan perkara yang kurang elok, k4ki saya akan sampai dahulu. Jadi, jangan tabur f1tnah kepada menantu saya ya,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal, 22, meng1kat tali pertunangan dengan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy, 25, pada 31 Januari lalu di kediaman kakaknya, pelakon Fasha Sandha.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:K0smo