2 kali masuk ICU kerana Covid19, Ahmad Muzambique bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga

Walaupun sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) tidak kira di rumah mahupun semasa bertugas,
Ahmad Muzambique Hamzah,47, dari Bandar Tasik Puteri di sini, tidak meyangka dia tetap dijagkiti dengan vir-us Covid19. 

Tambah anggota penguat kuasa di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang itu lagi,pengalaman ketika dimasukkan ke Unit Rawa-tan Rapi (ICU) sebanyak dua kali pada 29 Januari lalu, adalah pengalaman hidup yang tidak dapat dilupakan olehnya.

Ahmad berkata, sebelum dijagkiti dan dimasukkan ke H0spital Sungai Buloh (HSB), isterinya, Asmaili Wahab, 46, yang bertugas sebagai Ketua Jururawat Wad Covid-19 hospital sama terlebih dahulu dijagkiti peyakit tersebut.

“Semasa isteri saya dimasukkan ke wad, saya dan tiga anak turut membuat uj1an calitan tetapi kami semua negatif. Oleh kerana isteri di dalam wad,saya yang menjaga tiga anak yang berusia 6,10 dan 15 tahun.

“Suatu hari saya diserag demam panas hingga mencapai 39 darjah selsius. Oleh kerana ubat yang dimakan tidak berkesan, tanpa berlengah lagi saya terus ke HSB dan dimasukkan ke wad sebelum dira-wat di dalam ICU setelah keadaan kesih-atan saya semakin mer0sot dan disahkan dijagkiti Covid-19 tahap empat,”katanya lagi.

Ahmad Muzambique berkata, ketiga-tiga anaknya, Mohd. Haiqal Azim,15, Siti Hannah Zulaikha,10, dan Ahmad Harraz Ammar, 6,turut dimasukkan ke dalam wad Covid-19 di HSB selepas turut disahkan dijagkiti Covid-19 tahap dua, namun kesi-hatan mereka memuaskan.

Selepas keluar ICU pada hari ketiga dan ditempatkan di wad biasa Covid-19, doktor mengatakan dia boleh balik memandangkan kesiha-tannya bertambah baik.

“Namun tiba-tiba, pada hari ke empat pernafasan saya seperti orang yang dilem-askan di dalam air. Sekali lagi saya dimasukkan ke ICU untuk beberapa hari,”katanya.

Mengulas lanjut tempoh penyembuhan dirinya, Ahmad Muzambique berkata, dia berada selama 16 hari di dalam wad dalam keadaan sukar bernafas, tiada selera makan dan mengalami halusinasi yang kronik.

“Apa yang saya buat, setiap hari saya berzikir dan membaca ayat Al-Quran bagi memperkukuh semangat diri untuk terus hidup walaupun teramat sak1t dan payah apabila bernafas. Pes4kit satu wad seorang demi seorang keluar sama ada kembali pulih atau menjadi jen4zah.

“Hinggalah pada satu hari saya terbersin setelah tidak bersin sekian lama sejak menerima rawa-tan. Terdapat ketulan dar4h keluar dari rongga hidung, selepas itu kesih-atan saya bertambah baik dan pernafasan saya semakin memuaskan sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Beliau menambah, walaupun masih kurang bermaya dia tetap bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan Allah SWT untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Akhir perbualan, Ahmad Muzambique berkata rakyat Malaysia wajib mengambil vaksin sebagai perlindungan untuk diri sendiri dan orang sekeliling kerana Covid-19 tidak mengenal siapa kita dan di mana sahaja.

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan