Vaksin berbayar dijagka September

Bagi mempercepatkan pr0ses vaksinasi negara ini,vaksin berbayar oleh syarikat swasta mungkin bakal menjadi kenyataan seawal September.

Seperti yang dilap0rkan oleh Malaysia Gazette, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai Bhd., Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, vaksin COVID-19 yang dibangunkan Shenzhen Kangtai dari China telahpun menerima kelulusan kerajaan Malaysia untuk ujian klinikal fasa ketiga.

Beliau berkata, dengan jagkaan bahawa ujian klinikal fasa ketiga selesai pada awal Ogos, syarikatnya dijagka akan mendapat bekalan vaksin paling cepat pada awal September sekiranya kelulusan daripada kerajaan berjalan lancar.

Dengan kelulusan yang diterima, Yong Tai Bhd akan dapat membekalkan vaksin kepada syarikat swasta, h0spital, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan malah kepada negara-negara Asia Tenggara.

“Rakyat Malaysia juga boleh menunggu vaksin percuma kerajaan atau memilih untuk beli vaksin,” katanya kepada Sinchew Daily.

Loon berkata, dalam keadaan kecem-asan, kerajaan harus membenarkan golongan yang mampu untuk membeli vaksin supaya vaksin percuma yang ada digunakan untuk membantu orang yang memerlukannya.

Yong Tai Bhd. pada awal tahun ini telah menandatangani perjanjian dengan Shenzhen Kangtai untuk menerima bekalan 10 juta dos vaksin yang boleh ditambah sebanyak 10 juta dos lagi jika keadaan memerlukan.

Menurut Kuang Loon, vaksin Shenzhen Kangtai telah menerima kelulusan penggunaan kecem-asan daripada kerajaan China pada 14 Mei dan vaksin itu digunakan di China mulai 1 Jun.

Di Malaysia pula, kerajaan pada 31 Mei telah membenarkan Yong Tai Bhd. menjalankan uj1an klinikal fasa ketiga.

Syarikat itu sedang mendapatkan 3,000 orang untuk tujuan klinikal fasa ketiga dan tujuh buah h0spital akan terlibat dalam uj1an itu.

Uj1an klinikal itu juga akan membabitkan kerjasama beberapa buah kilang  yang terpilih.

 

 

 

 

 

Sumber: MalaysiaGazette