Tidak lagi berhijab, Kak Girl enggan kaitkan dengan masa-lah rumahtangga

Dirinya mula dikenali gara-gara sebuah video parodi lagu Hindustan. Aksi lip sync dengan gelagat lucunya membuatkan Kak Girl tiba-tiba p0pular dan terus masuk ke dalam dunia glamor.

Sibuk dengan lakonan dan kerjayanya sebagai penyampai radio Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 33,mengejutkan ramai peminat dan pengikut di laman s0sial apabila memuatnaik gambar di Instagram dengan tidak lagi mengenakan hijab.

Menjelaskan mengenai imej tanpa tudung itu,menurut Kak Girl dia hanya menjadi diri sendiri dan memohon maaf kepada orang ramai jika tindakannya itu meluk-akan hati ramai pihak.

“Apa saya buat ini (tidak lagi bertudung) bukan benda yang boleh dibanggakan, cuma buat masa ini saya perlukan ruang untuk diri sendiri.

“Saya dah tanggung banyak perkara dan lalui macam-macam masa-lah. Saya nak keluar dari zon saya berada sekarang dan jadi asalnya.

“Sejujurnya, sebelum ada nama Kak Girl… saya memang freehair! Saya tak sa-lahkan orang lain atas apa yang berlaku, saya sa-lahkan diri sendiri.

“Ada yang tanya adakah ini berpunca hal rumah tangga? Biarlah saya simpan sendiri… cukuplah saya kata terlalu peribadi untuk saya kongsi. Saya minta maaf!,” katanya.

Terdahulu, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 2015 di dan kemudiannya berce-rai pada 2019 tanpa dikurniakan sebarang cahaya mata.

Kak Girl kemudian menikahi Osman Ali pada 11 November 2020.

Bukan sahaja imej barunya yang menjadi perhatian tetapi gambar bersama suami terkininya juga telah dipadam di laman Instagramnya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Kak Girl . 

 

Sumber:mstar