Bahaya pakaikan bayi dengan barang kemas, wanita ini kongsi pengalaman pahit

Sudah menjadi tabiat golongan mak-mak, rajin mendandan dan menggayakan anak perempuan dengan pelbagai hiasan. 

Apatah lagi bagi mereka yang sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata perempuan, sudah pasti anak tersebut akan digayakan dengan pakaian yang cantik serta perhiasan barang kemas.

Namun perkongsian seorang pegguna  Facebook ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kaum ibu di luar sana agar lebih menitikberatkan aspek tertentu apabila menggayakan anak perempuan masing-masing.

Menurut Cik Puan Auni, dia tidak menyagka tindakannya memakaikan rantai tangan kepada anak perempuannya sejak bayi rupa-rupanya memberi kesan kepada pergelangan tangan anaknya itu.

Menurut Puan Auni, penantian menggu kelahiran anak perempuan selama empat tahun membuatkan dia benar-benar teruja untuk menggayakan puterinya itu dengan pelbagai fesyen.

Maka kerana itulah, seawal usia bayinya, Puteri Alice Kayyisa berumur 3 bulan,  dia telah memakaikan gelang tangan kepada bayi  itu. 

Setiap bulan dia akan melaraskan saiz gelang  Alice tanpa menyedari ada suatu perubahan besar yang sedang berlaku.

“Tapi bulan lepas saja rasa nak cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice, saya perasan tangannya mengecil pada pergelangan tangan walaupun gelang boleh gerak-gerak.

“Nasib la buka nak cuci… kalau tak, tak tahu apa jadi. Allah gerakkan hati untuk buka,” katanya pada perkogsian tersebut.

Risau dengan keadaan itu, dia kemudian segera membawa anak perempuannya membuat pemer-iksaan di klinik kerana bimbag keadaan tersebut memberi kesan jangka panjang.

Doktor cakap jangan bagi bayi pakai gelang, rantai atau sebagainya sebab gaggu tumbesaran bayi. Bayi membesar sewaktu dia tidur. Allah, seriau dar-ah dengar. Kalaulah tak buka cuci, tentu lagi teruk,” katanya lagi.

Menurutnya, selepas mendengar nasihat doktor, dia segera mengambil tind-akan menaggalkan rantai tangan tersebut kerana f0bia melihat keadaan pergelangan tangan anaknya itu.

“Tangan Alice dah makin sembuh. Tangan dah tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan sajalah. Tunggulah besar sikit, baru nak bagi pakai semula.

“Biasalah, sindr0m mak-mak nak anak dara segak dan comel. Nampak comel pakai emas, pakai headband. Sumpah dah fobia.

“Jangan judge Auni, sebab Auni pun tak tahu akib4t dia… mungkin ada yang pakai, tak jadi apa-apa… ada yang senasib dengan Auni.

“Niat nak kongsi agar ramai yang dapat info ini dan tak terima nasib macam ni. Tak ada niat nak menunjuk.

Cuma sebagai mak-mak, memang tak dinaf1kan teruja bila dapat anak perempuan…. mulalah nak berhias. Tak sal4h, cuma jangan lalai saja,” nasihat Auni mengakhiri perbualan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar