Dilahirkan dalam keadaan ibu sedang koma 2 tahun lalu, Farah Hanis belum rasai lagi setitik air susu ibu

Kisahnya pernah mendapat perhatian dua tahun lalu, malah dia digelar bayi ajaib kerana sejak dua bulan dalam kandungan, ibunya, Kamareeah Arwae, 38, terus k0ma kerana menghi-dap tum0r di kepala dan sebaik mencecah tujuh bulan, dia segera dilahirkan secara pembe-dahan.

Kini usianya sudah mencecah dua tahun, tapi sepanjang tempoh itu, bayi perempuan yang diberi nama Farah Hanis Fairol Haziri langsung tidak pernah menerima belaian apatah lagi setitik susu daripada ibunya.

Kanak-kanak comel itu terus membesar dan berada di bawah jagaan sepupu bapanya, namun ada ketikanya dijemput balik ke rumah untuk melepaskan rindu memandangkan jarak antara dua rumah itu tidak jauh.

Bapanya, Fairol Haziri Rahim, 46, berkata dia tidak mampu menjaga Farah Hanis berseorangan kerana perlu menumpukan perhatian kepada ibu Farah yang sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang perubahan.

“Keadaan isteri masih tidak berubah dan saya perlu menguruskannya sepenuh masa termasuk memberikannya lebih 15 jenis ubat setiap hari, memberi susu khas setiap empat jam sekali, mencuci lvka di belakang badannya dan semua tugas itu membuatkan saya tidak mampu menguruskan Farah Hanis.

“Nasib baik ada ahli keluarga lain yang membantu menjaga Farah Hanis, manakala anak sulung, Farras Hazim, 4, di bawah jagaan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kedai Buloh baru-baru ini.

Fairol Haziri berkata, walaupun Farah Hanis tidak pernah merasai susu ibunya, tapi insan kecil ini berpeluang diberi susu ibu oleh tiga ibu susuan sehingga umurnya mencecah setahun dan baginya itu sudah memadai.

“Selain seorang ahli keluarga, dua daripada mereka tiada hubungan kekeluargaan dengan kami dan atas naluri keibuan mereka memberikan susu badan kepada Farah Hanis dan Alhamdulillah sehingga kini kami masih saling bertanya khabar,” katanya yang menetap di rumah hasil sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan masih belum siap sepenuhnya lagi.

Rutin lelaki itu menguruskan isterinya setiap hari tiada waktu tertentu kerana tugasnya berjalan setiap masa kerana keadaan Kamareeah yang terlantar tidak bersuara sebegitu memerlukannya sentiasa peka.

Menurutnya lagi, isterinya baharu sahaja beberapa minggu keluar daripada hospital disebabkan berlaku penda-rahan dalam organ dalaman tubuh dan pernah dalam situasi krit1kal.

“Keluar banyak ketulan da-rah dari punggung isteri sebelum segera dirujuk ke H0spital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan dira-wat hampir dua bulan.

“Keadaannya semakin tervk apabila timbul pula lu-ka di bahagian punggung dan celah pahanya dan selain saya mencuci sendiri kud1s itu setiap hari, isteri juga perlu dibawa ke HUSM seminggu sekali untuk pr0ses itu dan memerlukan kos RM200 untuk perkhidmatan ambulans setiap kali dibawa.

“Untuk perbelanjaan isteri setiap bulan saya anggarkan mencecah RM3,000 meliputi susu khas, lampin pakai buang serta alatan perubatan seperti tiub sedut kahak, kain pembalut, krim gel dan beberapa lagi,” katanya sambil memberitahu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Fairol Haziri di talian 0145341466.

 

 

 

 

Sumber:HM