Shuib lihat Ayash Affan buat pertama kali hari ini

Pelawak dan usahawan Shuib teruja untuk bertemu dengan bertemu cahayamata keempatnya, Ayash Affan buat pertama kali pada hari ini.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, (esok) hari ini saya akan dapat melihat Ayash Affan buat kali pertama.”

“Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya memang tak sabar nak tengok dan pegang dia (Ayash),” ujar Shuib, teruja.

Ayash Affan dilahirkan pramatang secara pembe-dahan setelah isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah Raissuddin berdepan kemer0sotan oksigen akibat sera-ngan Covid-19.

Selang dua hari selepas ditidurkan untuk pembe-dahan mel4hirkan Ayash, Siti Sarah menghem-buskan nafas terakhir pada pagi Isnin.

Tambah Shuib, memikirkan Ayash, pasti ada dua perasaan yang tentunya bermain dalam fikirannya. Pertama, dia pastinya teruja untuk melihat hadiah terakhir Sarah buatnya dan kedua, sedih kerana Sarah langsung tidak sempat melihat anak yang dikandung selama tujuh bulan itu.

“Perasaan saya nak tengok baby Ayash bercampur-baur. Saya seronok sangat. Semasa hari kem4-tian Siti Sarah lagi saya ada buat permintaan tapi tak dapat. Esok (hari ini), insya-Allah.

Perasaan kedua, sangat-sangat sed1h sebab mak dia tak dapat dia pun. Dia tak dapat sentuh pun. Sarah mengg4daikan ny4wa hanya untuk memberikan hadiah terakhir buat saya,” ujar Shuib tersekat-sekat.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu, selama ini, dia selalu berada di sisi isterinya melah1rkan tiga orang anak mereka, tetapi tidak ketika kelahiran Ayash.

“Betullah, dia (Sarah) nak bagi hadiah kepada saya. Dia pilih nama, dia pilih tarikh 30 September (sepatutnya tarikh kelahiran), tapi dia tak sentuh dan tak tengok pun. Dia hadiahkan bulat-bulat untuk saya. Ini mesti saya akan jadi macam orang g1la bercakap tentang Ayash kepada Sarah, sebab saya rasa macam dia masih ada, cuma tak nampak,” luah Shuib yang tidak memperincikan waktunya untuk mela-wat Ayash di H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai hari pertamanya tanpa bidadari syurganya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, tidak men4fikan rasa rindu adalah satu perasaan yang berat dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Tip-ulah kalau saya cakap saya okey. Memang satu keadaan yang sangat pelik sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di h0spital.

“Tapi (hari pertama dia tiada), apabila saya turun ke bawah, saya sedar dia memang dah tak ada. Cuma, bila rindu, perihal itu jadi sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengubati dan rindu akan kekal selamanya,” kata Shuib dalam nada sedikit sebak.

Shuib berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan doa selamat yang diadakan secara maya malam tadi.

Berkongsi mengenai keadaan ketiga-tiga anaknya memahami dan semakin faham akan ketiadaan ibu mereka, jawab Shuib: “Anak yang ketiga, Ariq Matin anggap perut ibu dia macam bantal. Semalam, saya tidurkan dia bawah ketiak saya. Saya ingat dia dah tidur sebab diam.

“Tiba-tiba, dia kata, ‘Matin rindu ibu’. Itulah antara cabaran sebagai bapa. Itu memang lumrah manusia untuk rasa rindu. Tapi saya percaya mereka dah mula faham yang ibu mereka sudah tiada,” katanya.

10 tahun perkongsian hidup, Shuib dan Sarah dikuniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

 

 

 

Sumber:K0smo