Gurun terkering di bumi kini dilitupi salji tebal

Gurun Atacama di Chile sebelum ini dikenali sebagai kawasan terkering di muka bumi.

Bagaimanapun, ramai terkejut apabila melihat sebahagian daripada gurun itu kini tertutup dengan lapisan salji yang tebal.

Menurut Pegawai Pusat Meteorologi Wilayah Utara, Daniel Diaz, berkata: “Perkara ini tidak berlaku setiap tahun. Mungkin salji yang agak tebal seperti hari ini boleh berlaku setiap dua atau tiga tahun.

Namun untuk ia berlaku pada akhir Ogos adalah sesuatu yang agak luar biasa kerana salji biasanya turun pada Jun dan Julai”

Ia dianggap sebagai salji paling tebal dalam tempoh tiga dekad dan telah menimbulkan kebimb-angan bahawa pencairan ais dan hujan bakal menyebabkan banjir.

Selain  itu tvlar juga gambar menunjukkan kenderaan dilitupi ais dan penduduk mula  bermain salji setebal 15 cm, di kawasan berdekatan yang dulunya hanya menerima hujan beberapa milimeter setiap tahun.

Beberapa jalan juga terpaksa ditutup untuk lalu lintas kerana cuaca yang luar biasa.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar