“Ga gal tetap ga gal,Ziyad tak layak dapat imbuhan,kalau nak beri, guna duit sendiri”- Zolkples

Setelah kemenangan jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dib-atalkan serta pingat emasnya ditar-ik balik di Paralimpik Tokyo 2020,ada yang memberi cadangan agar jaguh itu diberikan ganjaran yang setimpal dengan usahanya.

Namun bagi bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata,cadangan itu dianggap tidak wajar kerana baginya ‘keg4galan adalah keg4galan’.

Insiden ma-lang yang menimpa Ziyad harus dijadikan penga-jaran dan sekiranya cadangan pemberian ganjaran itu diterima, ia bakal memberi impak neg-atif pada masa depan sekiranya situasi sama turut berlaku kepada atlet lain.

Malah, Zolkples meneg4skan ia tentunya bakal menid-akkan syarat-syarat termaktub dalam pemberian ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN).

“Asasnya, Ziyad dalam kes ini, dia dikatakan ‘Did Not Start’ walaupun mengambil bahagian dalam (status) protes dan segalanya. Pada akhirnya, kejayaan dia dit4rik dan dia tidak berjaya, g4gal. Jadi, bagaimana kita nak men-afikan keg4galan itu?

“Di sini ada yang ingin mengambil kesempatan. Ada yang nak ‘menagguk di air keruh’, kononnya nak tunjuk sim-pati. Saya pun sim-pati. Kalau nak dikirakan nilai sentimental, saya adalah orangnya kerana sayalah yang mula membawa Ziyad sewaktu saya Ketua Pengarah MSN.

“Kejayaan Ziyad bermula di London 2012, pada masa itu saya ketua kontinjen dan dia memenangi pingat gangsa,” kata Zolkples ketika dihubungi.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan akan mencadangkan kepada Kabinet mengenai ganj-aran setimpal kepada Ziyad bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insiden pemba-talan pingat emas dan rekod dunia dilakar Ziyad tidak pernah dijagka, malah tidak pernah difikirkan ketika dasar pemberian gan-jaran kepada atlet yang meraih kejayaan di temasya sukan dibuat.

Malah bekas menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara lisan turut menyokong usaha yang bakal dibentangkan Faizal itu ke Kabinet nanti.

Zolkples berkata, beliau berpendapat ganjaran yang dicadangkan itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat yang dalam kesus-ahan susulan p4ndemik COVID-19.

“Kecualilah kalau mereka yang cadangkan itu ingin mencari duit sendiri, bagi duit sendiri… itu lainlah. Tapi jangan guna duit SHAKAM kerana di bawah kategori SHAKAM, tak ada peruntukan yang boleh membenarkan Ziyad menerima imbuhan ini.

“Apa yang penting, jangan mulakan kerana kalau diberi nanti, apabila ada lagi k-es seperti ini berlaku, maka akan jadi h4ru-birulah. Seperti saya katakan, peraturan dibuat untuk diikuti bukan untuk dilaggar.

“Dalam mana-mana pertandingan, ada peraturannya ada SOP (Prosedur Operasi Standard) yang perlu diikuti, kalau s4lah kita terima sajalah. ‘Move on’.

“Lagipun, Ziyad sendiri sudah menerima banyak insentif sebelum ini. Dia sudah menerima skim persaraan, skim ini sekali seumur hidup dan dia sudah menerimanya sejak 2016 lagi,” tambah Zolkples.

Pada Rio 2016, Ziyad bersama Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi emas ketika itu masing-masing menerima ganjaran RM1 juta di bawah SHAKAM, unit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan Kia Sportage baharu disumbangkan oleh Naza Corporation Holdings.

Malah, di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO), ketiga-tiga atlet itu mendapat RM5,000 setiap sebulan sepanjang hayat bermula daripada mereka memenangi emas berkenaan.

Sumber:BH