Nama pelakon, Rusdi Ramli tidak perlu diperkenalkan lagi dan tentunya tidak lagi asing buat peminat drama tempatan.
Sebut sahaja namanya, deretan drama dan filem yang pernah dibintanginya yang berjaya meniggalkan impak kepada penonton.
Rusdi juga pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007 menerusi filem Waris Jari H4ntu mengalahkan nama-nama besar seperti Afdlin Shauki dan Rosyam Nor.
Berkongsi formula yang dijadikannya sebagai pegangan dalam karier seni lakonan, Rusdi mengak-ui bahawa dia meneliti setiap tawaran yang ditawarkan sebelum menerimanya.
“Saya lebih selesa bekerja dengan pengarah yang pernah bekerjasama dengan saya. Salah satu sebabnya adalah kerana saya sudah biasa bekerja dengan mereka,” katanya.
Menurutnya, apabila bekerja dengan pengarah yang sudah tahu mengenai diri dan lakonannya, mudah untuk mereka membentuk watak yang akan dilakonkan Rusdi.
“Saya suka sekiranya pengarah yang mengarahkan sesuatu naskhah itu tahu apa yang mereka mahukan dan mereka dapat menerima idea dan pendapat secara terbuka.
“Jadi, bila saya bekerja dengan orang yang saya dah biasa, mudah untuk kami berbincang mengenai hala tuju sesuatu watak dan bagaimana untuk saya menjayakannya,” katanya.
Rusdi sebelum ini banyak membintangi drama dan filem di bawah arahan Suhaimi Baba dan Rashid Sibir.
Bagaimanapun, dalam situasi sekarang, anak kepada pelakon Norlia Ghani ini tidak men-afikan dia kini tidak dapat berbuat demikian memandangkan banyak aspek perlu dilihat.
“Dalam situasi sekarang, dengan beberapa faktor contohnya pan-demik dan ekonomi, tak boleh kalau kita terlalu memilih. Sama seperti orang lain, saya juga perlu menggalas tanggungjawab untuk keluarga dan tanggungan saya,” katanya.
Maka kerana itulah Rusdi kini terbuka hati untuk bekerja dengan pengarah-pengarah yang belum pernah lagi bekerja dengannya.
Terbaru, Rusdi kini membintangi drama bersiri berjudul Ali Alia di bawah arahan Heykal Hanafiah dan memegang watak sebagai bapa bernama Amir.
“Amir adalah bapa kepada Ali dan Alia dan suami kepada Mazni. Watak ini adalah sebagai bapa yang bermasa-lah. Dia tersepit antara keluarganya dan juga perniagaan.
“Secara ringkasnya, Ali Alia berkisar mengenai keluarga ini di samping beberapa watak lain yang membantu untuk menghidupkan lagi watak-watak utama,” katanya.
Sumber:HM