Lebih 85 peratus sudah lengkap divaksin, harapan balik kampung makin cerah

Selepas hampir dua tahun ‘terper-angkap’ di kawasan masing-masing,impian orang ramai untuk pulang ke kampung khususnya bagi berjumpa ibu bapa tersayang dilihat semakin hampir selepas tiada lagi negeri dilap0rkan berada dalam Fasa 1 Pelan Pemuli-han Negara (PPN) ketika ini.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan perali-han fasa bagi negeri Kedah daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 hari ini.

Selain Kedah, Lembah Klang dan Melaka juga dibenarkan untuk beralih daripada Fasa 2 ke Fasa 3 berku-atkuasa 1 Oktober depan.

“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peral-ihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, sebanyak enam negeri dikelaskan sebagai Fasa 2 antaranya Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan Sabah.

Negeri Fasa 3 pula meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak.

Negeri Sembilan dan Labuan pula masing-masing ditetapkan dalam negeri Fasa 3.

Menurut Ketua Pengarah Kesih-atan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 85.1 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksin setakat pukul 11.59 malam semalam.

Angka itu hanya berbaki 4.9 peratus sahaja sebelum kebenaran rentas negeri dimuktamadkan.

 

Sumber:K0smo