Did4kwa bernikah dengan orang Sarawak,IG Fizo Omar dibanjiri ucapan tahniah

Khabar angin yang mengatakan pelakon dan usahawan  Fizo Omar mengakhiri zaman duda nampaknya terjawab apabila aktor tersebut memvat naik sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram pada Khamis malam.

Walaupun dilihat seperti masih berteka-teki, namun Fizo seakan memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

“Ok abe Joe (Fizo) left group ‘recond’ dulu ok. Apa-apa roger ok. @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial,” tulis Fizo secara ringkas.

Ruang k0men di perkongsian tersebut juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang turut melahirkan rasa syukur atas pernikahan Fizo atau nama sebenanrya Wan Hafizol Wan Omar.

“Tahniah akhirnya abe Joe kahwin juga. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu.

“Syukur Alhamdulillah… Allah pertemukan jodoh. Semoga bahagia hingga ke jannah,” komen netizen.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kepastian tentang berita pernikahan ini g4gal apabila aktor dan pengurusnya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Identiti wanita yang berjaya mencvri pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu masih menjadi m1steri namun terdapat beberapa k0men dari peminat yang menda-kwa  isteri Fizo berasal dari bumi kenyalang,Sarawak.

Desas-desus yang mengatakan  Fizo bakal berkahwin menjadi perbualan ramai apabila bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan turut mended-ahkan aktor itu bakal berkahwin.

Spenjang 6 tahun perkongsian hidup bersama  mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

 

 

Sumber:Mstar