Buat ‘comeback’ dalam Geg4r Vaganza selepas sertai tabligh, Aliff Aziz ada alasan tersendiri

SENARAI 13 peserta program nyanyian realiti terbitan astro iaitu Geg4r Vaganza musim kelapan (GV8) sudah pun diumumkan pada petang semalam.

Antara nama-nama besar yang menyertai pertandingan itu pada musim ini ialah seperti Adibah Noor, Bandi Amvk dan Dato’ Fazley Yaacob. Namun yang paling menjadi tumpuan adalah peserta daripada Singapura, Aliff Aziz.

Ini kerana umum mengetahui penyanyi dan pelakon kel4hiran Kota Singa itu kini bergiat aktif mendalami ilmu agama malah turut menyertai kumpulan tabligh.

Bagaimanapun menurut Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz, 30, dia menyertai GV8 adalah dengan niat untuk mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga.

“Ini adalah satu pekerjaan, Aliff tak nak kata pekerjaan ini… pekerjaan itu,”

“Niat Aliff hanya untuk mencari nafkah and rezeki untuk keluarga. At the same time kita buat balik apa yang kita pernah buat dulu yang kita dah pernah tiggal sekejap,” ujarnya lagi.

Aliff kini menetap di Malaysia bersama keluarganya, pelakon Bella Astillah serta dua cahaya mata mereka,Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

All the best ,Aliff!

 

 

 

 

 

 

Sumber:mst4r