Shidee tak kisah k0ntroversi 11 tahun lepas ‘dik0rek’ netizen

Biarpun kini menjalani kehidupan  bahagia bersama isteri dan tiga cahayamata,  tiba-tiba kisah k0ntroversi  yang melibatkan peserta Gegar Vaganza 8(GV8), Shidee kembali dite.buk peminat.

Semuanya bermula pada 11 tahun lalu,  berikutan terseb4r berita perkahwinan Shidee tidak mendapat restu ibu mertuanya.

Menjelaskan tentang persoalan itu, penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat ini meng4kui k0ntroversi yang berlaku itu namun bersyukur kerana k0ntroversi yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dika.wal dengan baik.

“Ya saya memang terpalit k0ntroversi dulu dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama… korek la tak ada apa pun.

“Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mentua saya,” katanya seperti yang dipetik Mst4r.

Sekadar info, pada Februari 2010 Shidee mence.tuskan k0ntroversi apabila perkahwinannya dengan wanita bernama Siti Fairunnisa Aziz yang pada ketika itu berusia 22 tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hasan.

K0ntroversi itu tercetus apabila Shidee yang ketika itu berusia 51 tahun pada awalnya dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun selepas itu berhasrat mengahwini anak wanita itu.

Menjawab tentang persoalan sama adakah benar dakw.aan kononnya dia pernah menjalinkan hubungan dengan mentuanya sendiri, Shidee bagaimanapun menaf.ikan hal itu.

“Sebenarnya itu (tu.duhan) tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya… itu terpulang hak dia.

“Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia,” katanya.

Shidee dan Siti Fairunnisa bersama tiga orang cahaya mata mereka.

Bercerita lanjut tentang hubungannya dengan mentua, Shidee berkata segala sa.lah faham yang timbul sudah diatasi secara baik dan mereka hidup dengan harmoni.

“Sekarang dah okay, saya tahu dia tu ibu mentua… saya tetap hormati dia sama macam ibu saya sendiri.

“Pada mulanya apabila dia ma.rah kita tak perlu nak buat apa-apa. Sampai satu ketika, dia nak jumpa anak dia iaitu isteri saya, daripada itu saya cari cara nak perbaiki hubungan kami.

“Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan-bulan juga nak perbaiki. Alhamdulillah hari ni semua dah okay,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r