Selalu dikatakan orang di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti berdiri seorang wanita yang memberi restu dan doa di belakangnya.
Bagi selebriti Dato’ Fazley Yaakob,kejayaan yang dikecapinya pada hari ini bukanlah hanya bergantung pada seorang wanita dibelakang nya, tapi 4 orang!
Jom kita singkap siapakah 4 wanita yang dimaksudkan oleh penyanyi, hos dan cef selebriti terkenal ini.
“Dalam hidup saya ada 4 wanita yang menjadi inspirasi. Pertama, Nenda saya di sebelah Kedah yang telah lama meniggal dunia. Nenda mampu membesarkan 12 orang anak walaupun hidupnya susah.
Kemudian arwah Wan saya di Negeri Sembilan. Arwah membesarkan 2 orang anak dengan adik beradik yang ramai. Makan nasi dengan garam bertahun-tahun sepanjang membesarkan mereka termasuklah menjual kuih. Arwah Wan inspirasi saya sampai sekarang.
Seterusnya isteri saya, Datin Azrene Ahmad yang sentiasa berdiri kukuh di belakang saya.
Berk0rban 13 kali kegu.guran dan memberikan saya 4 orang an4k. Usia perkahwinan kami kini hampir 14 tahun.
/>Wanita seterusnya sudah tentu ibu saya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif yang menggalakkan saya untuk menceburi apa jua bidang yang saya minat walaupun kelulusan akademik saya dalam bidang berlainan.
Pengorbanan terbesar yang pernah saya buat untuk ibu ialah bersagkut paut dengan saya yang meminta ibu untuk berhenti kerja.
Saya tahu ibu masih kuat untuk bekerja tetapi pada ketika itu saya masih bergelar seorang artis dan saya meminta ibu untuk menemani saya pergi ke mana-mana. Rezeki saya ketika itu popular dengan lagu berjudul Asmara Ini.
>Saya membawa beliau sebagai seorang ibu dan bukan sebagai seorang manager. Jadi, orang nampak saya seperti ának mak’. Saya k0rbankan imej ‘macho’ seorang artis yang berjaya kerana ada ibu di sebelah.
Namun dengan adanya ibu di sisi ia umpama benteng yang melindungi saya daripada sebarang gagguan, hin4an dan f1tnah.”
Menurut Chef selebriti ini , ibunya berk0rban dengan berhenti kerja dan dia pula berkorban dengan membawa ibunya ke mana-mana walau ramai yang mengatakan itu tidak patut kerana orang lelaki tidak seharusnya ada ibu di sebelahnya jika ke mana-mana.
Tapi beliau percaya itulah yang membawa kejayaan buat beliau kini.
Tambah abang ipar kepada pelakon Mawar Rashid ini, sebenarnya untuk bergelar seorang superwoman yang paling penting ialah kasih sayang yang berkekalan. Kasih sayang daripada individu-individu yang dinamakan keluarga, sahabat atau saudara mara yang ambil kisah.
Jangan mencari kasih sayang daripada individu yang tiada keinginan untuk memberi kasih sayang.
Jangan pedulikan orang yang mencari s4lah kita. Kerana seorang superwoman adalah yang tangkas berjalan dan berlari bersama orang-orang yang mengasihi dan menyayanginya.
Beliau juga berpendapat setiap wanita mempunyai potensi tersendiri. Namun di dalam jiwa mereka ada perasaan ge.ntar untuk berhadapan dengan diri masing-masing.
Sebab kejayaan yang mereka cari adalah yang menggalakkan mereka keluar dari kepompong selesa.”
Untuk perkembangan terkini, Dato’Fazley merupakan peserta program nyanyian realiti Gegar Vaganza dan bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi. Selain itu, restoran miliknya, Suka Sucre Bistro baru sahaja berpindah dan dibuka semula di Hartamas.
Kredit Foto: Instagram @fazleyyakob
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: N0na