Rumah tinggalan seniwati Norizan ini dikatakan hadiah daripada Sultan Perak

Sebelum menikahi Tan Sri P.Ramlee, seniwati jelita Noorizan Mohd Noor adalah isteri kepada Sultan Perak ke 32 iaitu Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Bagaimanapun Norizan bertind4k meniggalkan istana demi cinta nya kepada seniman agong itu.

Menurut penduduk tempatan, rumah ini dikatakan hadiah daripada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah kepada Norizan sewaktu perkahwinan mereka.

Selepas berpis4h dengan Tuanku Sultan, Norizan berhijrah menetap di Kuala Lumpur bersama Tan Sri P.ramlee dan tidak pernah kembali lagi ke rumah ini.

Rumah ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar dan betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Teluk Intan.

Rumah ini juga pernah jadi lokasi pengambaran untuk drama Anjang Aki.

Drama Anjang Aki adalah sebuah drama yang amat popular satu ketika dahulu dan ia dilakonkan oleh Baharuddin Hj. Omar, Ismail Hutson dan Dian P. Ramlee sekitar tahun 1980 an.

Begitulah serba sikit kisah rumah Norizan yang diketahui ini daripada cerita lisan penduduk tempatan.

Tidak dapat dip4stikan samada rumah ini sudah terjual . Sekiranya sudah, mudah mudahan pemilik baru rumah ini nanti akan meghargi ” sentimental value” yang ada pada rumah ini.

Perkahwinan Noorizan bersama  P. Ramlee mula g0yah apabila P. Ramlee lebih menumpukan  kepada kerjaya seninya yang sedang memuncak ketika itu yang menyeb4bkan perkahwinan mereka ber4khir pada 16 Oktober 1961.

Walaupun bergelut dengan masa4lah peribadi,P. Ramlee tetap fokus pada kerjanya dan berjaya mencipta tiga buah lagu yang bertajuk Jerit4n Batinku, Jangan Tiggal Daku serta Di Manakan Ku Cari Ganti.

Sambil menyusun lagunya, P. Ramlee menyatakan pada Noorizan, “Kalau aku takada nanti, lagu-lagu inilah sebagai pengganti dan menjadi kenangan dalam hidupmu!”

Walaupun telah berpis4h, perhubungan P. Ramlee dan Noorizan tetap baik, masing-masing saling hormat menghormati.

Buktinya Noorizan ada berlakon dalam filem arahan bekas suaminya itu, iaitu filem Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973, membawakan watak sebagai Permaisuri Pasir Berdengung.

Siapa sagka itu merupakan naskah terakhir P.Ramlee sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya kerana ser4ngan jantung.

Manakala seniwati Noorizan pula meniggal dunia di Kuala Lumpur pada 15 Mei 1992 pada usia 65 tahun.

 

 

 

 

Sumber:orang Perak.com