Seri pengantin Mak Wan Latah

Melangsugkan pertunangan sekitar Disember tahun lalu, akhirnya pelakon veteran ,Halimaton Saadiah Mohd Daud, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah selamat bergelar isteri di usia 60 tahun.

Benarlah jodoh itu rahsia Allah, di kala usia senja, Mak Wan sama sekali tidak menyangka dipertemukan dengan lelaki yang sudi menghabiskan sisa hidup bersamanya.

Difahamkan suami Mak Wan berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan berusia 72 tahun.

Baru-baru ini telah diadakan majlis resepsi bagi meraikan pasangan mempelai ini.

Walaupun sudah berusia 60 tahun, Mak Wan kelihatan anggun dalam persalinan raja sehari .

Turut kelihatan dalam majlis ini ialah aktres Delimawati yang hadir meraikan sahabatnya itu.

Sekadar info, Mak Wan sudah bergelar ibu tunggal selama hampir tujuh tahun sebelum dirisik oleh anak tirinya sendiri yang amat meminati personaliti Mak Wan yang lemah lembut dan bersifat keibuan.

Sepanjang tempoh perkenalan,pelakon filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas itu berkata, dia pernah menemui bakal suaminya sekali sahaja, selebihnya banyak berhubung menerusi telefon.

Semoga Mak Wan dikurniakan perkahwinan yang Sakinah, mawaddah dan Warahmah. Tahniah Mak Wan!

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MK media