Siti Nurhaliza tersenarai 30 penyanyi paling banyak terima anugerah, mengatasi Celine Dion, Usher

Sememangnya lagenda!

Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi topik hangat di laman Twitter apabila tersenarai sebagai ‘Top 100 Most Awarded Musician Of-All Time’.

Senarai tersebut yang dikeluar dan dikongsikan The Artist Museum memperlihatkan Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Tokti berada di tangga ke-27 selepas berjaya memenangi 329 Anugerah sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni.

Apa yang menariknya, Tokti bukan sekadar selesa di kedudukan tersebut, malah beliau berjaya mengatasi ramai selebriti terkenal seperti Justin Timberlake, Usher, Katy Pery, J.Lo, Christina Aguilera bahkan idolanya, Celine Dion.

Malah beliau turut mengatasi ramai bintang K-Pop besar seperti kumpulan Super Junior dan TWICE. Nice!

Berkongsi berita itu di Instastory, dapat dilihat penyanyi lagenda Michael Jackson masih k menjadi pemuzik paling banyak menerima anugerah sepanjang zaman iaitu sebanyak 1003.

Tempat kedua milik Beyonce (896) diikuti Taylor Swift (867), BTS (784) dan Justin Bieber (720).

Selain Tokti, penyanyi dan pelakon Filipina, Nora Aunor turut menjadi wakil Asia Tenggara apabila tersenarai di tempat ke-26.

Rata-rata pengguna Twitter dilihat teruja dan berbangga dengan pencapaian tersebut apatah lagi melihat nama penyanyi kesayangan ramai ini sebaris dengan ramai pemuzik antarabangsa.

Memulakan karier seawal usia 16 tahun, Siti Nurhaliza mencipta nama selepas menjuarai Bintang RTM pada tahun 1995.

Sumber:Buzzkini