Menjelang Syawal, Rosyam Mart jual ayam RM1.49 seekor

Bagi meraikan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi,gedung pasaraya milik pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor akan berganding dengan stesen TV9 menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia mereka.

Tawaran istimewa ini akan berlangsung selama dua hari pada 26 dan 27 April, antara jam 9 hingga 11 malam di dua cawangan ST Rosyam Mart iaitu Setiawangsa dan Shah Alam.

Selain pembelian ayam segar dengan harga istimewa, pengunjung berpeluang menemui pemilik ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Noor dan barisan pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya serta membawa pulang cenderahati istimewa dari TV9.

“Sudah dua tahun kita tidak berpeluang meraikan Aidilfitri disebabkan p4ndemik COVID-19.

“Kini, negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, jadi sudah tentu ramai teru-ja menyambut perayaan bersama insan tersayang. Oleh itu, TV9 dengan seikhlas hati, ingin meraikan Syawal ini menerusi aktiviti #JanjiRaya bersama komuniti.

“Tidak kira walaupun masih dalam situasi sukar, apa yang pasti kita #JanjiRaya bersama dan teguh dalam apa juga keadaan yang menghimpit,” ujar Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Nordin.

Bagaimanapun, pembelian ayam segar itu cuma terhad kepada 1,000 ekor sahaja sehari dengan menggunakan kupon tebus-an yang akan diedarkan dan digunakan di lokasi yang tertera.

Tambah Sherina, dia berharap semangat kental ini terus berada dalam komuniti.

“#JanjiRaya bersama-sama dan kita sambut penuh kesyukuran.

“Jadi, saya ingin berpesan kepada pengunjung ST Rosyam Mart agar sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) semasa membuat pembelian ayam segar,” katanya.

Selain itu, promosi 1,000 ekor ayam segar sehari ini terhad untuk satu keluarga sahaja bagi setiap kupon.

Kupon tebus-an wajib diser-ahkan ketika pembayaran dan harga promosi hanya sah bersama kupon tebusan.

Sumber: BH