Kontrak royalti tamat tahun depan, Sazali P.Ramlee mohon bantuan

“Saya nak minta tolong dengan siapa sebab sekarang ini semua pun su-sah.

Saya tak boleh buat apa-apa kalau tahun depan kontrak tamat dan sudah tidak terima wang royalti yang menjadi kegunaan utama selama ini,” itu luah anak kepada seniman agong negara, Sazali Tan Sri P. Ramlee,63,yang kini buntu apabila kontrak royalti lagu karya bapanya yang diperoleh daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) bakal tamat tahun depan.

Sazali berkata, bantuan bulanan diterima daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kesi-hatan dia dan isterinya, Hamidah Hitam.

“Sejak p4ndemik Covid-19 melanda negara jumlah royalti yang saya terima makin berkurang. Jujurnya saya masih berharap kontrak royalti MACP akan bersambung kerana saya bergantung dengan perolehan berkenaan yang diterima sekali dalam setahun.

“Saya ada bertanya kepada pihak MACP mengenai perkara ini, tapi mereka memaklumkan terdapat perjanjian yang dibuat di mana kontrak royalti MACP itu hanya boleh diperoleh selama tempoh 50 tahun selepas kem4tian P Ramlee.

Jelas Sazali, dia dan isteri bergantung hidup dengan duit royalti itu untuk membeli barangan dapur, pengangkutan ke h0spital, raw4tan fisio kaki yang cedera akibat kema-langan, serta untuk temujanji dengan doktor setiap tiga bulan kerana dia menghidap asma dan dar4h tinggi serta penyakit tulang belakang yang dihidapi isteri.

Justeru itu, Sazali menyeru mana-mana pihak untuk tampil membantu dirinya dan isteri meneruskan kehidupan.

“Kalau ada yang boleh bantu secara bulanan saya sangat menghargainya. Nilainya tidak perlu tinggi pun, cukuplah sekadar saya dan isteri dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kami berdua sudah tidak kuat untuk bekerja.

“Tidak dinaf-ikan sebelum ini memang ada individu yang beritahu mahu membantu saya dengan memberikan wang bulanan, tapi sampai sekarang senyap.

Buat masa ini, saya berjimat-cermat dengan duit bantuan yang diterima. Saya teruskan hidup dengan duit yang ada sekarang,” katanya.

Terdahulu selepas Allhyarham meniggal dunia pada 29 Mei 1973, royalti daripada karya lagu itu yang diurus MACP diperoleh isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma.

Selepas Saloma meni-nggal dunia pada 25 April 1983, royalti daripada MACP itu diberikan pula kepada anak P Ramlee, Allahyrham Nasir yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.

Apabila Nasir pula meniggal dunia pada 23 November 2008, k0ntrak royalti MACP itu boleh diperoleh selama tempoh 50 tahun selepas kem4tian P Ramlee.

Oleh itu, dari 1973 sehingga tahun ini, kontrak r0yalti itu sudah berlangsung selama 49 tahun dan kini berbaki kira-kira setahun saja lagi untuk tamat.

Sumber:BH