Penyesalan Syafi Tee selepas 3 tahun

Pernah ditegur bapanya kerana memiliki gigi yang tidak teratur, pelakon Syafi Tee kini meyesal dengan tindakannya memakai pendakap gigi kerana menurut pelakon ini,dia memiliki gigi taring kanan yang cantik.

“Sudah tiga tahun pakai sebab gigi tak berapa cantik. Tapi menye-sal sebenarnya sebab ada gigi taring yang cantik pada belah kanan.

“Jadi bila diperbaiki rasa sayangnya… dahlah comel bagi saya. Malahan, ayah pernah tegur gigi saya tak teratur sebab adik-beradik lain semua elok,” katanya.

Meskipun pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu tidak pernah dipersenda, Syafi mengakui, wujudnya perasaan tidak yakin pada diri sendiri.

“Dulu saya rasa insecure (tidak yakin) dan terasa jugalah nak ada perubahan tapi reda sahajalah.

Syafi merupakan anak kepada pendakwah terkenal Ridhuan Tee yang mula mengukir nama selepas menjadi salah seorang peserta Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019.

Hmm..Syafi, lain kali fikir habis dulu sebelum buat sebarang tindakan. Nak menye-sal sekarang pun dah tak guna. 

 

 

 

 

Sumber:Utusan