Aktiviti perkhemahan Betty Rahmad dikec4m, ini jawab tuan punya badan

Tak kongsi salah, bila dah kongsi ramai pula yang bunyi.

Ini yang dialami usahawan, pelakon dan selebriti media s0sial, Betty Rahmad, apabila terdapat segelintir netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan caranya berehat dan bercuti bersama keluarga menerusi aktiviti berkhemah.

Meng4kui kebelakangan ini banyak berkongsi momen-momen berkhemah bersama keluarga dengan cara sendiri selain memberikan tips perkhemahan, adik kepada sutradara terkenal, Erma Fatima ini bagaimanapun tidak menyangka ada yang tidak suka dengan perk0ngsiannya itu.

“Nak tanyalah, apa yang awak semua marah sangat pasal berkhemah itu ya? Orang pergi bercuti naik kapal terbang, duduk hotel pun orang kecam.

“Cuti naik caravan kata perkhemahan orang ada-ada, bila berkhemah pakai yang elok pula dikatanya kayangan.Apa perangai macam tu? “katanya dalam satu hantaran video di Instagram.

Selain itu, kata Betty, dia juga berasa hairan mengapa netizen sering merasakan mereka betul dan menganggap orang yang sering marah-marah dan mengecam ini seakan sukar mencari kebahagiaan sendiri.

“Apa yang orang buat semua salah, semua takde yang betul. Engkau orang sajalah yang betul. Okey, macam ini saya nak cakap,tak elok perangai macam itu, kerja nak kec4m saja.

“Semua benda engkau orang rasa tak bagus, semua benda engkau orang rasa rengsa, macam mana nak hidup bahagia? Cuba jadi gembira dengan hidup ini, dengan orang, dengan semua perkara.

“Cubalah awak semua buat. Barulah hidup rasa seronok. Kecam-kecam, kut-uk sana sini, kadang-kadang dengan perkataan yang tak baik. Engkau orang itu ada yang dah tua bangka, dah beranak pinak. Bukannya muda, bukannya tak ada otak,”katanya.

Dalam pada itu, kata Betty, dia juga enggan mengulas terlalu panjang lagi berhubung perkara ini.

Namun, dia mengakhiri perk0ngsian itu dengan meminta semua pihak terutama pengguna media s0sial supaya tidak melakukan perangai yang tidak senonoh dan berhenti untuk mengec-am orang lain.

 

 

 

 

 

 

Sumber:UM