Vanidah Imran akhiri zaman solo dengan duda anak empat

Tanpa sebarang publisiti, pelakon versatil Vanidah Imran selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang duda, Arifabillah Idris dengan sekali lafaz kira-kira pukul 12.12 tengah hari pada Khamis.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cer4i Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, 49, iaitu Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, Kuala Lumpur.

Merahsiakan jumlah wang hantaran yang diterima, Vanidah yang anggun dalam persalinan rekaan Rizman Ruzaini menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada Arifabillah, 43, yang bertugas sebagai seorang jurutera.

Majlis sederhana ini hanya dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan tempat rapat kedua-dua mempelai sahaja.

Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, ia bukan sesuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.

Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya.

“Sejujurnya yang tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya.

Ujar pelakon The Red Kebaya ini, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.

Jelas Vanidah, dia dan suaminya, masing-masing berpengalaman melalui kega-galan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.

“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.

“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebelum ini, Vanidah pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir dengan percera-ian pada 9 Ogos 2018.

Sumber:msT4r