Sebulan anak bertarung nyawa di h0spital, Sheera Iskandar masih f0bia

Hati ibu mana yang tak luluh apabila melihat cahaya hati yang dikandung selama sembilan bulan terpaksa dimasukkan ke h0spital, dipasangkan tiub untuk bantuan oksigen dan dimasukkan ubat-ubatan.

Itu yang terpaksa dihadapi oleh aktres Sheera Iskandar apabila bayi sulungnya yang dilahirkan pada 22 Mei lalu terpaksa dimasukkan ke h0spital hampir sebulan kerana jagkitan kuman pada paru-paru.

Menurut Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memberitahu bayi perempuannya yang diberi nama Puteri Long Harrisaa mula mendapatkan rawa-tan di Hospital Kajang sejak 9 Jun lalu.

Namun Sheera bersyukur anaknya kini sudah pulih daripada jagkitan kuman tersebut.

“Selepas bersalin seperti biasa akan ada check-up untuk bayi dan ibu, dari situ dapat tahu bayi kami demam panas dan terpaksa dimasukkan ke hsopital.

Tidak hanya itu, Sheera juga perlu memikirkan dirinya sendiri memandangkan kesi-hatan dan emosinya selepas bersalin masih belum stabil.

Yang lebih membuatkan Sheera bersedih, disebabkan masih dalam tempoh berpantang, dia terpaksa membataskan pergerakannya dan hanya dapat melihat foto anak kesayangannya itu di hospital.

“Saya pun tak boleh selalu keluar rumah sepanjang anak berada di hospital kerana masih berpantang, jadi hanya boleh melihat gambar sahaja. Saya sentiasa berfikiran positif dan kuatkan semangat. Dalam fikiran saya perlu sihat untuk menjaga anak,” ujarnya.

Sheera yang merupakan anak kepada pelakon Aznah Hamid mendirikan rumah tanggan dengan Mohd Halim Abdul Ghani pada 3 Mei 2021.

Sementara itu, Sheera berkata, dia bersyukur kerana bayinya sudah pun dibenarkan pulang ke rumah sejak 1 Julai lalu namun mengakui masih berasa f0bia untuk membawanya anaknya itu keluar selain belum bersedia membenarkan berjumpa dengan ramai orang.

“Selepas bersalin pun saya tidak berjumpa ramai orang. Jadi tidak tahu bagaimana anak boleh terkena jagkitan paru-paru.

“Syukur anak kami semakin sihat dan sekarang hanya lakukan pemantauan di rumah sahaja. Rasa fobia nak bawa anak keluar itu masih ada,” katanya.

Sumber:Mst4r