“Dia seorang sahabat yang sangat baik dan kami semua sayangkan dia,”itu luahan penyampai dan bekas personaliti TV3, Zakiah Anas mengenai berita kehilangan sahabatnya, Zalina Azman yang dilap0rkan hilang sejak November tahun lalu.
Zakiah berkata, dia terkejut apabila berita kehilagan Zalina tular, memandangkan dia seorang yang baik dengan semua orang.
“Kami cuba menghubungi Zalina, selama ini. Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya.
“Antara lain, Dang Suria Zainurdin, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar.
“Jadi, apabila nak berjumpa, kami cuba menghubunginya, tetapi tak dapat. Malah, apabila menghubungi, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam beberapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.
“Kami ingatkan Zalina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat lap0ran p0lis.
“Rupa-rupanya dalam masa tertanya-tanya, anak dia pun sedang mencari,” katanya lagi seperti dilap0rkan Berita Harian Online.
Tambah bekas personaliti TV3 ini lagi, kali terakhir dia bertemu dengan Zalina sebelum sahabatnya itu berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji.
“Saya rasa kali terakhir saya berjumpa ketika Zalina membuat majlis doa selamat sebelum ke Makkah. Kalau tak salah dalam 2013. Lepas balik haji, kami terus tidak berhubungan.
“Jadi, sangat lama kami tidak berjumpa dengan Zalina.
“Kami ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3. Dia pun mungkin sibuk dengan keluarganya, jadi kami tak nak kacau dan faham kehidupan masing-masing.
“Dengan rakan lain, walaupun tak jumpa, kami masih berhubungan. Malah, Zalina juga tiada laman s0sial seperti Facebook dan Instagram kerana dia sangat ‘low profile’. Kawan baiknya, Ras Adiba dan Datin Nor Azlina Redzuan juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.
Sehubungan itu, Zakiah tidak men4fikan, dia sedih mendengar berita kehilagan sahabat baiknya itu.
“Kami tiada isu dengan Zalina. Dia seorang yang sangat baik dan semua orang sayang dan sukakannya.
“Dia bukanlah seorang yang dib3nci. Jujurnya, memang ada persoalan di mana Zalina sebab lama tak jumpa setiap kali ada pertemuan dengan rakan-rakan.
“Saya ada cuba hubungi Zalina, tetapi tak dapat ketika mahu berkahwin pada 2012.
“Ada juga rakan-rakan yang mengatakan pernah berjumpa dengannya di Shah Alam pada 2019. Diharapkan, Zalina segera ditemui, insya-Allah,” katanya.
Sumber:BH