Sejak seminggu lalu, lebih 50 rumah di lima buah kampung sekitar mukim Pendek, Kota Bharu diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah.
Ketu-kan serta dentuman yang kuat boleh dikatakan berlaku serentak pada awal pagi namun sebaik dis-iasat, tidak ditemukan pelakunya malah kesan ket-ukan juga tidak terdapat di permukaan dinding sedangkan bunyi yang terhasil sangat kuat.
Lima kampung yang terbabit adalah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating.
Jasmi Awang Ahmad@Othman, 66, yang merupakan penduduk dari Kampung Belimbing berkata, rumahnya diganggu dengan ketukan kuat itu selama dua hari berturut-turut.
“Kira-kira jam 1.40 pagi dua malam lalu, kedengaran ketukan bertalu-talu yang sangat kuat di dinding rumah menyeba-bkan kami sekeluarga terkejut.
“Berbekalkan lampu suluh dan sebilah pedang sebagai menjaga kese-lamatan, saya keluar untuk melihat apa yang berlaku namun tiada kelibat manusia atau apa-apa yang berlaku.
“Dalam masa yang sama, beberapa penduduk kampung turut berada di luar rumah dan memberitahu perkara yang sama berlaku di rumah masing-masing dan waktunya juga sama menyebabkan kami semua keha-iranan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Dia berkata, kejadian yang sama berulang malam seterusnya dan pada waktu yang sama menyebabkan penduduk sekali lagi bingung dan mereka cuba menunggu antara satu hingga dua jam daripada ketukan berlaku untuk mengesan pelaku namun tetap gagal dikenalpasti.
Katanya lagi kejadian itu tidak dilap0rkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mengesyaki ia berkaitan dengan kejadian jenayah sebaliknya bertanyakan kepada seorang ustaz yang memberitahu ia ada kaitan dengan kejadian mist1k.
“Sejak dua kali kejadian itu, kami sering berwaspada dan setiap kali menjelang jam 1 pagi, kami tidak akan melelapkan mata kerana ingin bersedia jika ketukan berlaku,” katanya.
Seorang lagi penduduk kampung, Tan Mansor Tuan Kechik, 64, berkata, dia sekeluarga menerima gang-guan ketukan pintu bertalu-talu pada malam Selasa lalu dan menyagkakan anaknya yang pulang ke rumah.
Dia berkata, curiga dengan keadaan itu, dia cuba mengintai menerusi tingkap namun tidak kelihatan kelibat anaknya atau sesiapa di luar rumah.
“Bunyinya agak kuat namun saya mengabaikannya walau dalam hati berasa curiga dan rupanya situasi yang saya alami turut dihadapi penduduk lain.
“Keesokan harinya ramai yang bercakap mengenai gangguan ketukan misteri di rumah masing-masing malah ada yang bunyinya sangat kuat walaupun rumah mereka berstruktur batu,” katanya.
Sumber:HM