Kasih tanpa batasan.
Media s0sial hari ini dibanjiri dengan foto-foto kandid tindakan seorang lelaki warga emas yang sanggup brlari dengan kaki ayam di bawah terik matahari semata-mata untuk membantu seorang pemuda yang tiba-tiba tumbang ketika berkawad sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penj-ara Kajang, pagi tadi.
Mana tidaknya, dengan usia yang sudah lebih separuh abad,warga emas itu yang berada di khemah tetamu segera berlari tanpa menghiraukan selipar dipakainya yang tertaggal, semata-mata untuk membantu ‘anak’nya yang sudah terbaring.
Dilihat ramai hadirin mengalirkan air mata menyaksikan detik itu, apatah lagi lelaki separuh abad itu turut menggunakan tubuh tuanya sebagai benteng bagi mengelak anak muda itu kembali rebah.
Melihat insiden itu, ramai yang sebak kerana mengenangkan ketulusan kasih seorang bapa kepada anaknya.
Namun bukan seperti yang dianggap ramai, seperti yang dilap0rkan portal Sinar Harian,pemuda tersebut, Nik Mohd Adhar, 22,memaklumkan bahawa warga emas itu bukanlah bapanya, tetapi bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob, 60.
Nik Adhar menjelaskan, dia merupakan anak yatim piatu sejak dari kecil lagi dan dibesarkan oleh Abdul Aziz serta isterinya,Rosmawati Ismail, 53.
Tambah Nik Adhar, ibu dan bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi sudah menganggapnya seperti anak mereka sendiri dan dia juga memanggil warga emas itu dengan panggilan mak dan abah.
Ibu Nik Adhar meniggal dunia ketika dia berusia tiga bulan manakala ayahnya pula dijemput Ilahi sewaktu dia berumur 7 tahun.
Insiden itu turut mendapat perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang berada di lokasi turut sebak melihat ketulusan kasih lelaki itu meskipun yang tumbang itu bukan anak kandungnya sendiri.
Berkongsi detik itu melalui akuan Faceb0oknya, beliau mengakui banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar yang turut dikongsi.
“Ketika anaknya (anak saudaranya) terkujur tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah (bapa saudara) menerpa dari arah khemah tetamu.
“Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak (anak saudaranya) dalam sekelip mata.
“Melihatkan peng0rbanan tidak terperi seorang ‘ayah’, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali,” tulis beliau pada keterangan gambar dalam catatan Facebook hari ini.
Menurut Alexander, daripada tindakan spontan itu, beliau bersama yang lain membayangkan lelaki itu pasti ingin mengusung anak saudaranya itu keluar daripada barisan, namun ternyata sangkaan sedemikian meleset.
“Meskipun badan dimamah usia, anak itu dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya (anak saudaranya) kembali rebah,” katanya.
Beliau berkata, apa yang berlaku itu benar-benar menunjukkan kasihnya seorang bergelar ‘ayah’ yang sanggup berkorban jiwa, sambil menggambarkannya sanggup membiarkan jiwa tersiksa dan dengan sepenuh keikhlasan dan rela, asalnya ‘anaknya’ bahagia.
“Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah, hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan,” akhirinya pada catatan itu.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, melalui catatan di Facebook memaklumkan lelaki yang tumbang itu adalah Nik Mohd Adhar, anak angkatnya yang kini bertugas sebagai pengguat kuasa KPDNHEP di Tawau, Sabah.
“Beliau anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.
“Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau jatuh pitam seketika ketika berkawad pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibu bapa,” katanya menges-ahkan Nik Mohd Adhar demam ketika berkawad.
Sumber:BH