Wany Hasrita kini surihati Mr Pilot

Tanpa sebarang desas desus, penyanyi popular Wany Hasrita selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, seorang juruterbang bernama Al Adib Fahmi dalam majlis yang berlangsung pada malam Jumaat dengan dua kali lafaz.

Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.

Berita pernikahan Wany hanya diketahui umum apabila penyanyi itu berkongsi berita gembira dia bakal mendirikn rumah tangga dalam satu hantaran di Instagram pada lewat petang jumaat.

Bagaimanapun majlis pernikahan Wany diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Apapun ,tahniah ye Wany. Know know dah kahwin! Alhamdulillah!

 

 

 

 

Sumber: mst4r