Syarikat pelaburan termasuk dalam senarai am4ran BNM, Fizo Omar,Wak Doyok kunci mulut

Kedua-duta syarikat pelaburan OctaFX iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok terus membisu susulan platform pelaburan itu kini memasuki senarai am4ran oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Seperi dipetik media Harian Metro, usaha mereka mendapatkan kenyataan daripada kedua selebriti itu g4gal apabila mesej dan panggilan telefon tidak pernah berjawab.

Malah, usaha yang sama sudah dibuat sejak beberapa minggu lalu selepas BNM mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Menerusi tinjauan di Instagram Wak Doyok, paparan profil pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu masih menyatakan dia sebagai duta OctaFX.Wak Doyok dan Fizo Omar dilantik menjadi duta broker global OctaFX pada Februari lepas.

Sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Am4ran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan har4m klon yang menawarkan pulangan tinggi.

Untuk rekod, OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.

Difahamkan, OctaFX dik4wal selia dan memegang lesen di luar negara, bagaimanapun menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia.

Sumber:HM