“Dia menjerit minta tolong, tak tahan dide.ra”- Jiran

Tindakan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera yang cuba mel4rikan diri dari tingkat 4 sebuah kondominium dekat Jalan Cahaya 13, Taman Cahaya, Ampang di sini menyelamatkannya dari terus menjadi magsa d3ra. 

Walaupun kanak-kanak malag itu terperangkap pada belebas tingkap di kondominium itu, dia berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian disedari orang awam yang kemudiannya melaporkan kepada pihak bomba pada jam 4.41 petang.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bilik berkenaan dan terperangkap di belebas tingkap berkenaan.

“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian jam 4.48 petang tadi mendapati pintu kediaman itu sudah berjaya dipec4hkan oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

“Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai did.era berdasarkan kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, magsa adalah kanak-kanak
lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dan ketika kejadian magsa ditinggalkan berseorangan.

“Ke.s diserahkan kepada pihak p0lis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Thina, 48, berkata kejadian itu disedari isterinya ketika berjoging di kawasan berkenaan.

“Ketika itu kanak-kanak terbabit berada di belebas tingkap di tingkat 4 kondominium berkenaan.

“Dia menjerit meminta tolong kerana sudah tidak tahan dide.ra oleh seorang wanita di rumah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini

Sumber:BH