Penjelasan mengenai sejarah permainan bola sepak dengan cucu Nabi

Baru-baru ini tukar di Twitter mengenai sejarah permainan bola sepak yang dikatakan ada kaitan dengan cucu Nabi Muhammad SAW. Sejauh mana kebenarannya? Ikuti penjelasan berikut.

Selain badminton, permainan bola sepak merupakan salah satu sukan yang terkenal sehingga menjadikannya sukan nombor 1 di peringkat dunia.

Bukan sahaja diminati kaum lelaki malahan bola sepak turut mempunyai peminat dan pengikut di kalangan kaum wanita.

Namun terdapat seorang pengguna yang mendakwa asal usul permainan terkenal tersebut mempunyai kaitan dengan peristiwa kepala cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussain dipen.ggal.

“Asal usul bola sepak bermula dari kepala Saidina Hussain cucu baginda Rasulullah SAW dipenggal dan dijadikan bola sepak selama 20 hari di hadapan para ulama ketika itu. Allahu Akbar,” tulis individu tersebut di dalam hantarannya.

Perkara ini, ternyata telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai iaitu adakah benar permainan tersebut berasal dari peristiwa itu?

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh The Patriots di Twitter rasminya, mereka menjelaskan hal ini adalah tidak betul sama sekali di mana peristiwa tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan sukan berkenaan.

“Bola sepak dan juga kepala Saidina Hussain dipenggal oleh Umaiyyah tidak ada kena mengena sebenarnya.

Sejarah bola sepak dapat dijejak sejauh sehingga ke zaman Dinasti Qin (221-206 SM) di China apabila wujud permainan yang dikenali sebagai Cuju.

Ini melibatkan sukan menendang bola untuk masuk ke jaring yang dah disediakan. Akhirnya sukan ini masuk ke wilayah seperti Korea dan Jepun dan menginspirasikan bola sepak versi mereka tersendiri seperti Kemari untuk Jepun,”

Ini melibatkan sukan menendang bola untuk masuk ke jaring yang dah disediakan. Akhirnya sukan ini masuk ke wilayah seperti Korea dan Jepun, dan menginprasikan bola sepak versi mereka tersendiri seperti Kemari untuk Jepun.—
The Patriots (@thepatriotsasia) October 5, 2022

Bukan hanya tamadun China, terdapat juga tamadun lain yang turut memainkan permainan seperti bola sepak.

Bukan sahaja tamadun China, malahan tamadun-tamadun lain turut melakukan permainan yang boleh dikatakan permulaan kepada sukan bola sepak. Sebagai contoh permainan Ulama atau dipanggil Ōllamaliztli.

Namun permainan ini mempunyai pelbagai versi yang diamalkan oleh pembina semasa tamadun Mesoamerika seperti Aztec dan Maya.

Malah permainan pada tamadun ini ketika itu turut diiringi dengan ritual pengorbanan yang juga adat biasa bagi tamadun Mesoamerika ini.

Ada pelbagai versi untuk permainan Ōllamaliztli yang diamalkan oleh pembina-pembina tamadun Mesoamerika seperti Aztec dan Maya. Dan biasanya sukan bola sepak di Mesomaerika ketika itu turut diiringi oleh ritual pengorbanan, yang merupakan adat biasa tamadun Mesomarika ini.— The Patriots (@thepatriotsasia) October 5, 2022

“Ada banyak jenis permainan bola sepak yang dimainkan. Yang paling popular ialah melibatkan dua pasukan yang berusaha nak masukkan bola masuk ke dalam relung yang berada di atas kepala mereka menggunakan kaki dan juga pinggul.

“Usia sukan ini paling awal dapat dijejak berdasarkan bukti arkeologi ialah sekitar 1400 SM apabila para pengkaji menemui bola-bola getah di tapak-tapak peradaban mereka,” katanya lagi.

Usia sukan ini paling awal dapat dijejak berdasarkan bukti arkeologi ialah sekitar 1400 SM apabila para pengkaji menemui bola-bola getah di tapak-tapak peradaban mereka.— The Patriots (@thepatriotsasia) October 5, 2022

Maka dengan perkongsian informasi dari kumpulan The Patriots ini, jelaslah sukan bola sepak sudah dijejaki lebih awal sebelum wafatnya Saidina Hussain.

 

Hakikatnya, Saidina Hussien wafat kira-kira 680 masihi, manakala sukan seperti bola sepak moden ini sudah dapat dijejaki 1000 tahun lebih awal sebelum kepala Saidina Hussein dipenggal.

Malah dalam sejarah bukan kepala Saidina Hussain sahaja yang dipenggal, terdapat beratus kepala yang menjadi mangsa hayunan peda.ng, kapak, guillotine serta banyak lagi senjata lain yang digunakan untuk meman.cung.

Lagipun bukan kepala Saidina Hussien sahaja yang dipenggal dalam sejarah. Ada beratus-ratus kepala yang menjadi mangsa hayunan pedang, kapak, guillotine dan banyak lagi senjata-senjata memancung yang pernah digunakan.— The Patriots (@thepatriotsasia) October 5, 2022

Jelas The Patriots lagi, sekiranya kepala dipenggal boleh dijadikan hujah bahawa asal-usul sukan bola sepak daripadanya, pastinya ia lebih kuat lagi jika dikaitkan dengan Revolusi Perancis.

“Kerana ketika itu ada satu fasa yang dipanggil sebagai Reign of Terror (5 September 1793 – 28 Julai 1794 Masihi) di mana 17,000 kepala dipanc.ung dan m4ti di Guilotine sahaja kerana dianggap mvsuh kepada revolusi.

 

 

 

 

Oleh itu, janganlah kita beranggapan hanya kerana kepala Saidina Hussien pernah dipenggal dalam sejarah  menjadikan permainan bola sepak berasal dari peristiwa itu.

 

 

 

 

Sumber:Buzzkini