Hampir 3 dekad, kisah manusia ditelan ular sawa kekal dalam ingatan

Peristiwa manusia ditelan ular sawa yang berlaku pada tahun 1995 pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu.

Biarpun sudah lebih 27 tahun berlalu, kejadian itu masih kekal segar menjadi sejarah hitam di Segamat malahan ia mendapat liputan seluruh dunia ketika itu.

Kehilagan seorang lelaki berusia 22 tahun dari sebuah kediaman terpencil di Tenang, Segamat, terjawab apabila m4yatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang tujuh meter pada 1995.

Di sebalik sensasi berita itu, ramai yang tidak tahu ada ‘wira tak didendang’ dalam kalangan wartawan pertama yang membuat liputan kejadian.

Bekas wartawan China Press, Wong Kim Soo, 80, berkata, pengalaman membuat liputan manusia ditelan ular sawa di Tenang pada 4 April 1995 masih tersemat dalam ingatannya.

Wong yang berusia 53 tahun ketika itu tidak pernah melupakan saat bergegas menyewa teksi dengan bayaran RM80 ke Ibu Pejabat China Press di Kuala Lumpur menghantar gambar bercetak serta berita.

Katanya, semasa kejadian jam 7.15 malam itu, dia dimaklumkan oleh kenalan ada kejadian manusia ditelan ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram (kg) namun mulanya menyangkakan hanya digigit ular saja.

Dia yang memulakan karier kewartawanan di akhbar berbahasa Cina itu pada 1990 berdepan pelbagai insiden namun peristiwa berkenaan sememangnya sukar dilupakan.

“Ketika sedang membuat persiapan mencari fakta berita itu, saya amat bernasib baik menjadi wartawan pertama mendapat gambar peristiwa itu daripada polis.

“Saya segera bergerak ke lokasi kediaman mangsa kira-kira 20 meter berhampiran sebuah paya di lokasi kejadian,” katanya ditemui di bandar Segamat di sini, hari ini.

 

Wong berkata, liputan berita itu turut menjadikannya buruan petugas media cetak serta elektronik dari dalam serta luar negara bagi mendapatkan lokasi sebenar kejadian selain beberapa sudut gambar lain sehari selepas itu.

Menurutnya, peristiwa yang sukar dilupakan apabila anggota polis yang menemb.ak m4ti reptilia itu menceritakan bagaimana ular sawa menjunjung mangsa beberapa meter sebelum menelannya.

Wong berkata, dia memuji keberanian anggota polis yang berjaya menemui mangsa walaupun kejadian berakhir dengan tragis.

“Selepas lebih 30 tahun yang menakjubkan dalam bidang kewartawanan ini, saya akhirnya mengucapkan selamat tinggal sejak belasan tahun lalu, “katanya.

 

 

 

Sumber:HM