Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary letak jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia

Selepas berkhidmat selama hampir lima tahun dalam Lembaga Pengarah POS Malaysia,anak kepada usahawan terkenal , Sharifah Sofia binti Syed Mokhtar Al-Bukhary akhirnya melepaskan jawatan tersebut.

Sharifah Sofia dikhabarkan ingin meneruskan minat dalam pelaburan pasaran setelah memulakan kerjayanya sebagai seorang penganalisis musim panas di Morgan Stanley, Singapura.

Beliau juga merupakan Perunding Luar kepada Yayasan Bill & Melinda Gates dari Oktober 2015 hingga Mei 2016.

Sharifah Sofia pernah berkhidmat dengan Grameen Bank, Bangladesh di mana beliau memperoleh pengalaman dalam bidang kewangan mikro dan operasi perniagaan sosial.

Menurut Pos Malaysia, Sofia pada awalnya memegang jawatan eksekutif dalam syarikat apabila beliau menyertai Pos Malaysia sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ketika itu dari Januari hingga Oktober 2017.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dari University of York, United Kingdom, seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Pembangunan dari London School of Economics and Political Science dan juga merupakan Pelatih Kongres di Washington DC, Amerika Syarikat.

“Sharifah Sofia telah memberi sumbangan yang besar kepada Kumpulan melalui input dan pandangan berharga beliau dalam banyak bidang dengan perspektif yang bertenaga dan sudut pandangan yang menyegarkan.

“Lembaga Pengarah dan Pengurusan Pos Malaysia merakamkan penghargaan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan,” kata Pos Malaysia.

Sumber:mst4r