Lain dari yang lain, ada kisah Auni pilih baju pekerja pembersihan di Hari Kanak-kanak

Biarpun rata-rata kawan sekelas memilih pakaian seragam seperti p0lis, b0mba, tentera, cikgu untuk digayakan ketika sambutan Hari Kanak-kanak disekolah, seorang murid, Nur Auni Awatif bangga menyarungkan pakaian seorang pekerja pembersihan.

Rupa -rupanya pakaian yg dipilih Auni ialah uniform kerja ayahnya yang membuatkan ramai tersentuh hati.

Mengimbas kembali kisah tersebut, ibu Auni, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anak bongsunya itu memang sangat menghargai pekerjaan ayahnya. 

“Kalau diikutkan, Auni ingin menjadi cef sebab suka makan, tetapi dalam pertandingan tersebut, Auni memilih untuk pakai baju kerja ayahnya.

“Auni masuk ke bilik dan mengambil baju kerja ayahnya dalam almari dan mencubanya. Walaupun agak besar saiznya, Auni nampak teruja dan selesa,” ujar wanita itu sambil mengakui anaknya seorang yang berani dan teruja setiap kali menyertai sesuatu pertandingan.

Bahkan kata Nor Fadilah lagi, mereka sebelum itu memujuk Auni mencuba pakaian seragam anggota An8gkatan Pertah4nan Malaysia yang dipinjam suami daripada rakannya.

Namun, baju itu tidak muat dan Auni juga tidak selesa memakainya.

“Malah, saya turut memberi idea supaya pilih kerjaya sebagai ustazah seperti ibunya ini, namun Auni enggan.

“Sebagai ibu, saya bangga kerana Auni tidak malu dengan kerjaya ayahnya. Pada masa sama, sedih juga sebab Auni tidak mahu memilih kerjaya seperti ibunya,” selorohnya yang bekerja sebagai guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Sementara itu, Mohd Anuar Muhammad Yusop, 41 turut berkongsi luahan rasa terh4ru dengan tind.akan anak bongsunya itu.

Biarpun baju kerja tersebut sedikit kotor, namun Auni tetap mahu memakainya.

Malah dia juga meminta pengepit sampah milik ayahnya, plastik sampah serta topi untuk digayakan di atas pentas.

 Ketika ditanya sama ada tidak kisah memakai baju kerja itu, Auni menjawab,

“Mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan Auni bangga dengan ayah”.

Sebagai ayah, perasaan seb4k dan terharu apabila mendengar kata-kata anak yang masih kecil, tetapi dalam sanubarinya tersemat rasa bangga dengan kerja ayah dia.

“Disebabkan teruja, Auni juga bangun awal dan bersiap ke sekolah kerana tidak sabar untuk menyertai pertandingan tersebut. Walaupun hanya meraih hadiah sagu hati, Auni tak sedih, malah berasa gembira.

“Ada juga kawan-kawan sekelas yang pelik dan bertanyakan kenapa memilih baju tersebut. Kata Auni, ‘ini baju ayah saya,” cerita Mohd Anuar lagi yang bekerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Ditanya penerimaan beliau selepas mengetahui kisah anaknya itu tul4r, akui bapa kepada tiga cahaya mata tersebut, beliau sama sekali tidak meny4ngka video tersebut akan menjadi bahan perbualan ramai.

“Waktu memuat naik video tersebut, niat saya adalah supaya menjadi kenangan suatu hari nanti. Tidak sangka ia vir4l dan mendapat perhatian ramai.

“Auni memang rapat dengan saya. Malah, saya yang hantar dan ambilnya daripada sekolah. Setiap kali pulang, mesti akan singgah beli makanan kegemarannya. Auni memang suka makan,” ulas Mohd Anuar lagi.

Ketika ditanya tip penjagaan anak, pasangan suami isteri ini menegaskan,

“Tiada sebarang tip atau petua, cuma kami suami isteri selalu mengingatkan anak-anak supaya sentiasa hormat dengan orang yang lebih tua. Ditambah dengan didikan guru di sekolah membuatkan mereka jadi anak yang baik dan mendengar kata.

“Bab berbelanja, saya dan suami awal-awal lagi tidak ajar mereka bermewah. Sebaliknya kami bersederhana dalam segala hal. Alhamdulillah, setakat ini anak-anak faham dan bersyukur,” katanya.

“Saya bersyukur walaupun anak bongsu dan cukup manja, namun Auni sangat mendengar kata. Beliau bukan jenis yang meminta yang bukan-bukan”.

@md_anuarHari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

 

 

Sumber: TikTok @md_anuar via SP