‘Sorok’ anak isteri, Amaris ditvduh berlagak bujang

Mendirikan rumahtangga sejak 5 tahun lalu, pelakon dan usahawan, Putera Amaris dilihat jarang berk0ngsi gambar isteri dan anaknya di laman s0sial.

Atas alasan itu, Amaris dilempar pelbagai andaian neg4tif oleh netizen antaranya ialah kerana dia mahu berlagak bujang.

Tidak melatah dengan tvduhan itu, ujar Amaris, keputusan itu dibuat hanyalah kerana menginginkan keluarga kecilnya itu selesa menjalani kehidupan tanpa terlalu menjadi perhatian umum.

Amaris yang mendirikan rumah tangga dengan bekas ustzah, Syazwani Alias,dia bersyukur dikurniakan isteri yang memahami.

“Alhamdulillah, kehidupan kami bahagia dengan dilengkapi kehadiran anak yang comel. Cuma, saya tidak selesa untuk terlalu berk0ngsi hal peribadi di laman sosial.

“Saya tiada mas4lah jika sesekali berk0ngsi mengenai isteri dan anak, tetapi ada batasnya. Saya tidak tahu orang lain, mungkin mereka ada pendekatan tersendiri dalam hal ini.

“Apa yang penting, isteri lebih mengenali siapa saya berbanding orang luar. Jadi, saya tidak perlu takut dengan persepsi orang lain,” katanya.

Ditanya mengenai kehilagannya dari dunia seni, Amaris, 37, berkata dia masih menerima tawaran dan bersyukur diberikan ruang untuk terus berkarya.

Namun, minat itu terpaksa diperlahankan kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

“Insya-Allah, awal tahun depan saya akan kembali sibuk dengan beberapa produksi, termasuk di Indonesia dan Brunei,” jelas bekas PA Dato’ Seri Vida ini.

Berkongsi mengenai pembukaan Rumah Artis yang baru dilancarkan, Amaris berkata, dia memilih perniagaan hiasan dalaman kerana ia kini menjadi minat ramai.

“Sudah lama saya minat bidang ini dan apabila berpeluang menceburkan diri, saya sangat bersyukur. Apabila bercakap mengenai dekorasi, ramai membayangkan ia memerlukan perbelanjaan besar.

“Di Rumah Artis, kami cuba merealisasikan impian mereka yang menginginkan dekorasi mewah pada harga berpatutan. Selain perabot, terdapat juga fabrik dan pelbagai barangan yang menjadi pilihan penggemar hiasan dalaman.

“Dalam setiap perniagaan yang saya usahakan, fokusnya tetap sama iaitu ingin berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik melalui Gerakan Infaq yang dimulakan bersama isteri sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sumber:UM