“Saya ada benj0l besar (lump) di belakang tengkuk sebab dipukul” – Diana Danielle

“Saya did.era secara fizikal oleh individu itu. Saya keluar daripada situasi (perhubungan) itu sejurus orang itu ‘sentuh’ saya kali pertama”, itu peng4kuan pelakon p0pular Diana Danielle mende.dahkan yang dia pernah did3ra secara fizikal oleh bek4s kekasihnya.

Peng4kuan berani tersebut dikongsikan Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson menerusi program Studio Sembang dalam YouTube.

“Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipu.kul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid.

Ujar pelakon filem Hanyut itu lagi, tiada kompromi apabila lelaki mengasari kaum wanita yang sepatutnya berasa selamat dalam sesebuah perhubungan.

“Dia macam tiada diskaun-diskaunlah. Saya tahu apa yang saya mahu dalam perhubungan. Saya tahu sebetulnya apa yang saya mahukan,” getusnya.

Kata Diana, 31, dia bertemu ketenangan dalam hubungan percintaan selepas berkenalan dengan suami tercinta, Farid.

“Bila saya jumpa Farid waktu itu, saya berasa tenang, lebih fokus dan dia salurkan energi positif yang saya kagumi.

“Sebelum berkahwin dengan Farid, saya pernah bekerja dengannya dalam beberapa projek sebelum itu. Saya sentiasa dambakan dan selalu bermimpi tentangnya. Saya juga memang peminat dia.

“Saya yang mula-mula jatuh cinta dengannya sebelum dia jatuh cinta dengan saya. 10 tahun perkahwinan dan 15 tahun perkenalan. That is love (itulah cinta),” kongsi ibu kepada dua cahaya mata itu.

 

Sebelum mengakhiri perbualan, Diana sempat menitipkan pesan buat semua wanita, “Sesiapa sahaja (mana-mana lelaki) letak tangan di anggota badan anda, tolong keluar daripada hubungan toksik itu,” katanya.

Sekadar info, Diana dan Farid berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad dan Nur Aurora.

 

 

Sumber:K!Online