Anak kedua Dato AC Mizal selamat bertunang

Seperti yang dilaporkan media Boom! ,anak kedua kepada pelakon dan pengacara popular Dato AC Mizal, iaitu Muhammad Shabil Iman selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya Sabtu lalu.

Dalam majlis tersebut Shabil dan tunangnya sepakat mengenakan pakaian sedondon berwarna ‘navy blue’ duduk di atas pelamin indah.

Majlis itu disempurnakan lagi dengan upacara menyarung cincin yang dilakukan oleh ibu Shabil sendiri,iaitu Shafnie Zainuddin yang turut kelihatan anggun mengenakan busana rona biru
ketika menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya itu.

Difahamkan anak sulung Shafnie bersama Dato’ AC, iaitu Syafiq Iman telah mendirikan rumahtangga pada Mac tahun lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 24 Jun 1995 dan kemudian bercera4i pada 17 Oktober 2001.

Setahun kemudian, AC mendirikan rumahtangga bersama pelakon Emylia Rosnaida.

 

Sumber:B0om!