Jika sebelum ini pelakon dan model terkenal Remy Ishak berteka-teki mengenai berita keh4milan isterinya, akhirnya aktor itu menges4hkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Sumber melap0rkan pelakon Pujaan Hati Kanda itu akhirnya membuka mulut menges.ahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof sedang hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut sumber K0smo!, Remy berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa, dan dirinya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
“Bukan sebab saya tak nak de.dahkan atau apa.
Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehlah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Pelakon filem Cun itu turut berkongsi imbasan bunyi ultra (ultrasound) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses keh4milan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021.
Tahniah diucapkan kepada Remy dan Ezza . Tak sabar nya nak tengok Remy junior!
Sumber: N0na